Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor pertahanan perlu manfaat inovasi sektor swasta, bangun kebolehan baru

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



DARIPADA memanfaatkan inovasi sektor privet kepada membangunkan kebolehan mengharungi gangguan dalam dunia yang lebih kompleks, sektor pertahanan boleh berusaha ke arah pemikiran dan cara operasi berbeza pada masa hadapan.



Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam ucaptamanya sempena Puncak Teknologi Pertahanan Singapura 2021 semalam.



Beliau menyarankan empat peralihan utama dalam cara pemikiran dan operasi sektor pertahanan yang boleh dilakukan dalam tahun-tahun mendatang.



Jika hal tersebut dilakukan dengan baik, katanya, ia dapat memberi peluang membangunkan dunia yang lebih aman, berdaya tahan dan hijau.



Pertama, jelas Encik Heng, sektor pertahanan patut memanfaatkan kebolehan inovasi sektor swasta.



"Penyelidikan dan inovasi dalam sektor swasta semakin berkembang.



"Dalam banyak teknologi utama yang akan membentuk semula dunia, seperti AI (kecerdasan buatan), internet-of-things, 5G atau 6G - sektor swasta kini berada di hadapan.



"Pemerintah di mana-mana, termasuk dalam sektor pertahanan, kini semakin banyak mencungkil inovasi dan perusahaan dalam sektor swasta," kata Encik Heng.



Memberi contoh, beliau berkata, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) Singapura melabur dalam Atomionics, sebuah startup teknologi yang membangunkan sensor kuantum yang membolehkan navigasi tanpa GPS.



Namun, Encik Heng menambah bahawa untuk membolehkan sektor pertahanan memanfaatkan potensi sektor swasta, kriteria jelas diperlukan untuk membuat keputusan sama ada mahu membeli dan menyesuaikan teknologi yang dicipta, atau melabur dan membangunkan sendiri teknologi tersebut.



Model kerjasama swasta juga perlu dibentuk.



"Secara keseluruhan, rangka kerja pemerolehan dan pembangunan yang pantas akan membolehkan kita mencapai lebih banyak," katanya.



Kedua, ujar Encik Heng, usaha seluruh negara diperlukan untuk menangani ancaman yang semakin berkembang, selain kerjasama dengan negara-negara lain.



"Ancaman siber tidak kenal sempadan negara. Oleh itu, negara-negara perlu bekerjasama membangunkan norma dan rangka kerja antarabangsa sesuai dengan inovasi teknologi," ujar Encik Heng.



Tambah beliau:



"Selain siber, terdapat perdebatan berkenaan penggunaan beretika senjata berautonomi sepenuhnya yang dapat membunuh manusia, atau bagaimana menangani konflik di angkasa lepas.



"Masyarakat teknologi pertahanan memainkan peranan kritikal dalam bekerjasama dengan pemerintah, tentera dan orang awam untuk membangunkan norma, undang-undang dan prinsip baru untuk mengawal penggunaan teknologi sedemikian."



Encik Heng menambah, terdapat keperluan sektor pertahanan membangunkan kebolehan menyesuaikan diri untuk bertindak balas terhadap gangguan di dunia yang lebih kompleks, termasuk menangani krisis yang mungkin bukan di bawah tanggungjawab tradisionalnya.



Beliau turut menekankan pentingnya tentera dalam menentang perubahan iklim.



"Di Singapura, SAF turut memainkan peranannya dengan baik. SAF akan melakukan lebih banyak untuk mengurangkan pertumbuhan pelepasan karbon sebanyak 66 peratus jelang 2030," kata beliau.




"Penyelidikan dan inovasi dalam sektor swasta semakin berkembang. Dalam banyak teknologi utama yang akan membentuk semula dunia, seperti AI (kecerdasan buatan), internet-of-things, 5G atau 6G - sektor swasta kini berada di hadapan. Pemerintah di mana-mana, termasuk dalam sektor pertahanan, kini semakin banyak mencungkil inovasi dan perusahaan dalam sektor swasta."
- Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >