Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selebriti kembali ke sekolah, kejar segulung ijazah

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



KEADAAN Covid-19, seperti orang lain, turut menjejas segolongan selebriti popular yang sebelum ini hampir tidak menang tangan terikat dengan pelbagai komitmen kerja.



Namun lebih daripada itu, pandemik ini juga menjadi "pembuka mata" kepada mereka betapa perlunya membina keupayaan diri yang lebih kukuh dengan ilmu dan kelayakan yang lebih tinggi demi kerjaya yang lebih mantap dan meyakinkan.



Justeru, di sebalik usia yang sudah matang dan kesibukan mengurus keluarga, selebriti seperti Suhaimi Yusof (gambar, kiri), 51 tahun; Fauzie Laily (kanan), 36 tahun; dan Ruby Mohd (tengah), 43 tahun dan beberapa orang lagi bertekad untuk kembali ke sekolah, sebagai mahasiswa sepenuh masa bagi mengejar segulung ijazah.



Sementara Suhaimi, Fauzie dan Ruby kini menuntut di MDIS mengikuti kursus peringkat Sarjana Muda Media dan Perhubungan, selebriti lain seperti Huda Ali menyertai kursus sepenuh masa peringkat diploma Seni Kulinari di Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (Shatec) dan Marina Yusoff ikuti kursus ijazah sarjana muda Pengajian Perbandingan Agama Usuludin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).



Langkah mereka selaras dengan pandangan Menteri Pendidikan Lawrence Wong yang baru-baru berkata bahawa pemerintah giat menggalakkan rakyat Singapura untuk terus belajar dan mempertingkat kemahiran sepanjang hidup.



Kata beliau, dengan skim SkillsFuture dan pembelajaran sepanjang hayat, terdapat peluang mendapat ijazah atau melanjutkan pendidikan sepanjang tempoh pekerjaan.



Terdapat banyak laluannya.



LAPORAN LANJUT: Selebriti kembali ke sekolah demi ijazah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >