Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selepas berpindah, jiran Tanglin Halt harap dapat temu kembali

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



SETELAH berdekad lamanya hidup berjiran di Tanglin Halt, hubungan Cik Banon Abu Hassan, Cik Zaiton Piran, Cik Ponya Wajiman dan suaminya Encik Mohammad Dullah sudah ibarat adik beradik.



Malah, dalam meniti usia emas sekarang, merekalah tempat bergantung satu sama lain, membantu sesama mereka dalam hampir segala aspek kehidupan.



Sedihnya, tidak lama lagi, mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejiranan tersayang mereka itu.




[Selamat tinggal Tanglin Halt. - Video: HARITH MUSTAFFA]



Namun, empat sahabat itu berharap dapat berjiran semula selepas dipindahkan ke flat-flat baru di kawasan Queenstown.



Mereka adalah antara isi rumah lebih 3,000 unit flat dari 31 blok di Tanglin Halt Road dan Commonwealth Drive yang dijadual akan dirobohkan pada tahun ini di bawah Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).



Justeru, kebanyakan penduduk di situ sudah ditawar flat ganti Bina Ikut Tempahan (BTO) di kejiranan Dawson Road.



Bagi Cik Banon, 73 tahun, beliau terasa pilu kerana ejiranan itu sudah mula semakin sepi sejak beberapa tahun lalu, dengan ramai jiran-jiran lain sudah mula berpindah.



Menurutnya, beliau akan rindu kegiatan beriadah bersama teman-temannya Tanglin Halt, mengusik satu sama lain sambil menjamu selera di Pusat Makanan Tanglin Halt, yang terletak hanya seberang jalan dari bloknya.



Sementara itu, flat-flat di blok 24-32, 33-38, 40-45, 55, 56, 58-60 dan 62-68 di Tanglin Halt Road dan Commonwealth Drive, pusat makanan serta tujuh blok komersial akan dirobohkan bagi usaha pembangunan semula.



Antara kemudahan terakhir yang akan dirobohkan adalah Pasar Tanglin Halt, menjelang 2024. 



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >