Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentiasa ingati golongan susah walau menyambut Hari Raya berbeza tahun ini, kata Presiden Halimah

May 24, 2020 | 2:20 PM
MASIH MERIAH: Presiden Halimah Yacob ketika lawatan Rumah Terbuka Hari Raya Istana (IOH) yang diadakan menerusi dalam talian pada 24 Mei 2020. - FOTO: PEJABAT PRESIDEN.
MASIH MERIAH: Presiden Halimah Yacob ketika lawatan Rumah Terbuka Hari Raya Istana (IOH) yang diadakan menerusi dalam talian pada 24 Mei 2020. - FOTO: PEJABAT PRESIDEN. -

PRESIDEN Halimah Yacob menggesa agar masyarakat sentiasa mengingati golongan kurang bernasib baik dalam perayaan Hari Raya yang berbeza ini sambil menekankan bahawa wabak koronavirus tidak seharusnya melemahkan semangat menyambut Aidilfitri.

Demikian menurut Puan Halimah dalam acara Rumah Terbuka Hari Raya Istana (IOH) yang diadakan pada Ahad (24 Mei) secara dalam talian.

Acara itu dihadiri lebih 120 penerima bantuan dan kelurga mereka dari beberapa pertubuhan termasuk New Life Stories, Ain Society, Rumah Peralihan Jamiyah, Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Rumah Peralihan Pertapis.

Mereka dibawa melawat sekitaran Istana, menonton video upacara penuh adat istiadat pertukaran pengawal Istana Negara dan pameran cahaya 'Istana 150.'

"Biasanya kita adakan Rumah Terbuka Istana dan menggalak rakyat Singapura untuk mengunjungi Istana, tetapi kerana Covid-19 ini, kita tidak dapat melakukannya, jadi kita cuba mengadakan sesuatu yang serupa bagi tetamu-tetamu istimewa kita, iaitu anda sekalian," katanya sewaktu ucapan pembukaan kunjungan dalam talian itu.

Ekoran langkah pemutus litar yang masih berkuat kuasa, masyarakat Melayu/Islam menyambut hari pertama perayaan Aidilfitri ini di rumah.

"Sessungguhnya, tahun ini kita tidak dapat kunjung mengunjung, anak-anak tidak dapat pergi berjumpa dengan atuk-nenek, dan atuk-nenek pun tidak dapat berjumpa dengan cucu-cucu mereka.

"Namun kemeriahan Hari Raya itu tidak kurang, masih sungguh meriah, dan saya amat gembira dapat bersama anda sekelian untuk kita sama-sama berhari raya pagi ini," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg