Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Serang penunggang basikal: Bapa, anak dijel 6 bulan setiap seorang

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dan bapanya, yang bersama menumbuk seorang penunggang basikal hingga menyebabkan mangsa kehilangan empat batang gigi dan mengalami beberapa kecederaan pada mukanya, dijatuhi hukuman penjara enam bulan setiap seorang.



Dalam kejadian pada 7 April tahun lalu itu, Jasmi Abu Kasim dan bapanya, Abu Kasim Abdullah, menumbuk Encik Azman Mahmat, 48 tahun, selepas mangsa terlanggar Jasmi.



Kedua-duanya, Jasmi, 39 tahun, dan Abu Kassim, 65 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan serius terhadap mangsa.



Abu Kasim juga diarah membayar pampasan hampir $970 kepada Encik Azman.



Mahkamah diberitahu bahawa Jasmi menyerang penunggang basikal itu semasa dia berada di bawah perintah peringanan hukuman.



Jasmi dibebaskan dari penjara pada 2018 dan di bawah perintah itu, dia harus bebas daripada melakukan sebarang kesalahan dari 24 Oktober 2018 hingga 12 Jun tahun lalu.



Oleh kerana dia melanggar perintah itu apabila dia menyerang Encik Azman, Jasmi turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan 12 hari.



Sebelum kejadian itu, Encik Azman sedang menunggang basikal di laluan pejalan kaki di Jalan Masjid dekat Changi Road sekitar 4.30 petang pada 7 April tahun lalu apabila dia terlanggar Jasmi.



Mahkamah diberitahu bahawa Jasmi pada mulanya tidak menghiraukan Encik Azman.



Bagaimanapun, Encik Azman menggerakkan basikalnya ke arah Jasmi untuk bercakap dengannya dan mereka mula bertengkar.



Abu Kasim, yang berada berdekatan, kemudian menghampiri Encik Azman dan menumbuk bahagian belakang kepalanya hingga beliau terjatuh dari basikalnya.



Apabila Encik Azman terbaring, bawah, pasangan bapa dan anak itu terus menumbuknya hingga seorang pejalan kaki masuk campur.



Polis dimaklumkan dan Encik Azman kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi dan dirawat di situ dua hari.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Pearly Ang, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh dengan lapan bulan setiap seorang ke atas Jasmi dan Abu Kasim.



"Mangsa tidak berkelakuan agresif yang boleh dianggap sebagai satu ancaman," ujarnya.



Jasmi dan Abu Kasim dibebaskan dengan ikat jamin $15,000 setiap seorang dan akan memulakan hukuman penjara mereka pada 24 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >