Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai bengkel bagi cegah terjebak skim tipu pancingan data

Bengkel dikendali OCBC Bank untuk pelanggan warga emas
Sep 28, 2022 | 5:30 AM
BELAJAR KENALI PENIPUAN: Pegawai bank Encik Robert Tan (kiri) bercakap dengan pelanggan Encik Zainal dan Cik Zohrah mengenai penipuan di cawangan bank OCBC di Tampines. - Foto ALPHONSUS CHERN
BELAJAR KENALI PENIPUAN: Pegawai bank Encik Robert Tan (kiri) bercakap dengan pelanggan Encik Zainal dan Cik Zohrah mengenai penipuan di cawangan bank OCBC di Tampines. - Foto ALPHONSUS CHERN -

SEORANG pesara, Cik Zohrah Abdullah, 65 tahun, hampir ditipu seseorang yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (MOH) yang mengatakan mahu bercakap dengannya mengenai kes Covid-19 dalam keluarganya.

Beliau mengangkat panggilan itu kerana nombor pemanggil tidak bermula dengan +65 iaitu tanda penipuan yang beliau sedari sebelum ini.

"Saya bimbang kerana anak perempuan saya baru sahaja dijangkiti Covid-19. Suara automatik berkata 'tekan satu untuk bahasa Inggeris', tetapi suara mula bercakap dalam bahasa Mandarin selepas saya menekan dan saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Cik Zohrah dan suaminya, Encik Zainal Abidin, 67 tahun, adalah antara mereka yang hadir dalam bengkel perbankan untuk pelanggan di cawangan OCBC Bank di Tampines Sabtu lalu.

Encik Zainal berkata beliau belajar bagaimana penipu mengambil kesempatan daripada kebaikan orang dan emosi mereka.

"Sesi ini benar-benar menyedarkan kami bahawa walaupun anda bijak dan berpendidikan, anda boleh menjadi mangsa," ujar beliau.

Sesi perkongsian mangsa penipuan tentang pengalaman mereka hampir atau telah diperdaya penipu adalah antara langkah OCBC untuk mendidik pelanggan warga emas tentang pelbagai jenis penipuan yang boleh berlaku kepada mereka.

Menjelaskan mengapa pihaknya menggunakan pendekatan perkongsian pengalaman mangsa, bank itu berkata warga emas akan lebih mengingati bagaimana penipuan itu berlaku jika dikongsi mangsa itu sendiri.

Bengkel ini diadakan berikutan siri penipuan pancingan data berprofil tinggi yang menyaksikan 790 pelanggan OCBC kerugian $13.7 juta pada Disember 2021.

Di bengkel tersebut, bank itu juga menjalankan latihan tentang perbankan digital.

Sesi 90 minit yang berlangsung di cawangan Tampines itu juga akan diadakan di cawangan OCBC di Ang Mo Kio, Bedok, Pasir Ris, Tiong Bahru dan Toa Payoh.

Bank itu menyasarkan mendekati 400 pelanggan warga emas melalui bengkel ini menjelang pertengahan 2023.

"Sesi ini benar-benar menyedarkan kami bahawa walaupun anda bijak dan berpendidikan, anda boleh menjadi mangsa." - Encik Zainal Abidin, seorang pesara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg