Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA HENTI EKSPORT AYAM

Sesi perbincangan BH singkir persepsi tentang mutu ayam beku

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



TIADA banyak perbezaan antara mutu ayam segar dengan ayam beku kerana ia bergantung pada cara ayam segar itu disimpan dan dibungkus.



Justeru, rakyat Singapura perlu mengubah persepsi yang ayam segar itu selalunya lebih baik daripada ayam beku.



Demikian menurut para panelis yang ditemuramah Berita Harian semasa satu perbincangan Facebook menyusuli larangan oleh Malaysia mengenai eksport ayam segar yang bermula hari ini.



Berjudul 'Larangan Eksport Ayam: Nak Buat Apa Sekarang?', perbincangan itu telah dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan dihadiri tiga panelis termasuk anggota Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Pengguna Singapura (Case), Encik Faizal Wahyuni; penjual ayam di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas dan pemilik gerai ayam penyet di bawah jenama Zoul's Corner dan Smash, Encik Azhar Mohd Salleh.



Mengulas tentang mutu ayam beku, Encik Hashim, 73 tahun, berkata, pihak agensi Singapura seperti Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) sering menitikberatkan soal mutu ayam beku yang diimport masuk ke Singapura sebelum ia dibenarkan dijual di pasaraya dan pasar di sini.



"Ada kalanya mutu ayam beku jauh lebih baik daripada ayam segar, kerana Singapura sering memastikan mutunya terjamin sebelum dibenarkan dijual.



"Ini berbanding dengan ayam segar yang mutunya bergantung pada cara penyimpanan dan pembungkusan ayam segar itu. Ada kalanya juga pernah kita dapat ayam segar tapi sudah lebam-lebam," kongsinya.



Encik Hashim, 73 tahun, yang sudah berniaga ayam di pasar lebih 53 tahun, berkata ini juga merupakan kali pertama larangan sedemikian dikenakan daripada negara jiran.



Akur tentang penggunaan ayam beku, Encik Azhar berkata beliau menggunakan 1,000 ekor ayam bagi kesemua empat cawangan kedai makannya.



"Pembekal saya masih mempunyai stok ayam yang mencukupi kerana kebanyakan stok ayam mereka datang dari Australia dan Brazil. Kita memerlukan 200 ekor ayam beku setiap hari untuk kesemua kedai makan saya," katanya.



Bagi pengguna yang khuatir tentang harga ayam beku di pasaran, Encik Faizal menyarankan agar mereka memanfaatkan aplikasi Price Kaki untuk memudahkan mereka membuat perbandingan antara harga ayam di pasaraya yang berbeza.



"Harga ayam yang tertera pada aplikasi itu adalah telus dan jelas. Pengguna juga boleh berkongsi maklumat di aplikasi tersebut," katanya.



Beliau turut menggesa pengguna agar tidak membuat pembelian secara terburu-buru kerana sekiranya ia berlaku ia akan memberi penekanan terhadap harga ayam tersebut.



Untuk mendengar lebih lanjut perkongsian panelis dalam perbincangan ini, anda boleh imbas kod QR yang tertera. Anda juga boleh menyaksikannya di Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >