Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap masyarakat punya ruang untuk kekalkan warisan dan budaya masing-masing di Singapura: DPM Wong

Jul 30, 2023 | 09:08 PM



Setiap masyarakat, tidak kira betapa kecil, akan tetap mempunyai ruang untuk mengekalkan warisan dan budaya mereka di Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada Ahad.

Mengetahui sejarah perit negara tentang bagaimana isu seperti bangsa dan agama dengan mudah boleh diapi-apikan selain menyebabkan perpecahan dan perselisihan, adalah penting untuk Singapura terus memperkukuh keharmonian kaum dan kesepaduan sosial, tambahnya.

Dan meski sedang negara ini meraikan kepelbagaian, ia perlu berusaha untuk meluaskan ruang bersama yang dikongsi sebagai warga Singapura, kata Encik Wong.

Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan lebih banyak peluang bagi pengalaman bersama di estet-estet Lembaga Perumahan, kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja.

Melalui semua itu, meritokrasi perlu kekal menjadi prinsip yang mengatur masyarakat, katanya lagi.

“Kita perlu mewujudkan masyarakat di mana semua orang dinilai hanya pada keupayaan mereka dan diberikan ganjaran berdasarkan sumbangan dan di mana semua orang mempunyai peluang untuk cemerlang serta memaksimumkan potensi mereka, tidak kira bangsa atau agama,” katanya lagi.

Encik Wong berkata demikian semasa jamuan makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-75 Lembaga Penasihat Sikh (SAB) yang diadakan di tempat Persatuan Khalsa Singapura dekat Farrer Park.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >