Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEWA KERANA BTO TERTANGGUH... SEWA KERANA SELESA

Terus sewa flat, kondo walau kadar bayaran meningkat

May 17, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA menantikan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka selesai dibina, Cik Rina (bukan nama sebenar) menyewa sebuah unit kondominium tiga bilik bersama suami dan dua anaknya.



Dan sepanjang setahun mereka menyewa unit yang terletak di kawasan Pasir Ris itu beliau menyaksikan kadar sewanya dinaikkan daripada $2,500 kepada $2,800.



Sebab yang diberikan: Kadar pasaran sewa yang terus meningkat.



"Pada mulanya pemilik unit kondominium ini ingin naikkan sewanya kepada $3,000 sebulan.



"Tapi kami berjaya berbincang dengannya dan akhirnya beliau kurangkan kepada $2,800.



"Meskipun begitu kami akan terus sewa saja di sini memandangkan kadar sewa di flat-flat HDB turut sama meningkat," ujarnya.



Sebelum menyewa unit di kondominium tersebut, Cik Rina yang bekerja sambilan sebagai pereka grafik dan suaminya, Encik Dean (juga bukan nama sebenar) yang bekerja dalam sektor logistik menetap di sebuah flat lima bilik di kawasan Jalan Tenaga.



Pasangan berusia dalam linkungan 30-an tahun itu telah membeli sebuah flat BTO empat bilik di kawasan Punggol yang berharga sekitar $320,000, tetapi hanya dijangka siap dibina pada lewat 2024 atau awal 2025, katanya.



Seorang lagi penyewa sebuah flat tiga bilik di kawasan West Coast, Encik Farhan Kassim, 31 tahun, juga merupakan antara mereka yang masih menantikan flat BTO selesai dibina.



Justeru sebagai langkah sementara, beliau berserta isteri dan kededua orang tuanya menyewa flat tersebut.



"Semasa ditawarkan tempat ini, saya pastikan kemudahannya lengkap. Mujur ia dekat dengan sebuah pasar, serta mempunyai kemudahan asas yang lain.



"Kami tidak begitu prihatin akan pengangkutan memandangkan saya dan bapa saya mempunyai kenderaan kami sendiri," ujar jurutera itu.



Beliau menyewa flat tersebut dengan kadar sewa $1,700 sebulan - sejak beliau mula berpindah ke situ dua tahun lalu - dikongsi beliau bersama bapa dan abangnya.



Bagi seorang penyewa kondominium sejak hampir tiga tahun lalu, warga Malaysia, Encik Marhisyam Muhammad, 47 tahun, merancang untuk terus menyewa kondominium itu dan tidak bercadang berulang alik antara Johor dengan Singapura buat masa ini.



Ini meskipun sempadan sudah mula dibuka dan rumahnya di kawasan Iskandar Puteri yang dekat dengan Link Kedua.



"Saya cuba mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan.



"Kalau sehingga dua jam menanti - setiap kali keluar masuk imigresen - lebih baik saya terus sewa tempat tinggal di sini," kata jurutera itu lagi.



Bapa seorang anak yang masih kecil itu menyewa sebuah unit kondominium di Yishun Avenue 1 dan tinggal di kondominium dua bilik itu bersama isteri serta anaknya itu.



Antara lain kemudahan yang disediakan serta suasana tenang dan sebuah bas ulang-alik antara kondominium tersebut dengan stesen MRT berdekatan merupakan antara sebab beliau memilih untuk terus menyewa unit tersebut.



Sebelum ini beliau pernah menyewa sebuah flat HDB tiga bilik di Clementi dengan harga permulaan $1,850 pada 2019 sebelum ia dinaikkan pemilik rumah kepada $2,000 tahun lalu, dan kemudian dinaikkan lagi kepada $2,150 lewat tahun lalu.



Beliau kemudian menamatkan kontraknya Disember lalu sebelum menyewa unit kondominium itu.



Seorang pemilik yang menyewakan flat dua biliknya di Circuit Road, menganggarkan beliau telah menaikkan harga sewanya sekitar $500 sejak sekitar dua tahun lalu.



Cik Idayu Jais, 54 tahun, yang kini menetap di Kuala Lumpur berkata flatnya itu kini disewa seorang mualaf dengan bayaran $2,000 sebulan.



"Saya tidak lagi menanggung sebarang hutang pinjaman bagi flat tersebut. Jadi saya belum bercadang menaikkan kadar sewanya buat masa ini.



"Lagipun apa yang saya perolehi cukup untuk menampung sewa unit kondominium ibu saya di Kuala Lumpur - bersebelahan dengan unit yang saya tinggal," kata penolong pentadbir dengan pihak pengurusan kondominium itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >