Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SFA perjelas aturan pelitup bagi pengendali makanan

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI makanan di pasar basah hanya perlu memakai pelitup atau pelindung percikan cecair (spit guard) jika mereka mengendalikan makanan yang telah masak dan makanan siap dimakan, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam nasihat terkininya semalam.



Agensi itu menambah bahawa ia sama dengan peraturan bagi pasar raya, di mana pelitup atau pelindung percikan cecair hanya perlu dipakai oleh pengendali makanan bekerja di kaunter yang terlibat dalam penyediaan makanan siap dimakan.



Ini termasuk susyi, daging panggang dan kaunter deli, serta kedai roti.



SFA berkata kemas kini itu dibuat untuk "memberi penjelasan lebih terang" kepada industri mengenai keperluan pemakaian pelitup.



Sejak 29 Ogos lalu, Singapura melonggarkan peraturan, menjadikan pemakaian pelitup dalam kawasan tertutup sebagai pilihan, kecuali bagi pengangkutan awam dan tetapan penjagaan kesihatan.



Majikan dan pengawal selia industri boleh memutuskan apakah pekerja perlu memakai pelitup. SFA berkata pada 24 Ogos bahawa peraturan sedia ada sektor mengenai pemakaian pelitup akan diteruskan.



"Semua pengendali makanan masih dikehendaki menutup hidung dan mulutnya atau menggunakan pelindung percikan cecair yang dapat menghalang sebarang bahan yang dikeluarkan dari mulut atau hidungnya mencemari makanan," kata SFA dalam ke-terangannya sebelum ini.



Mereka boleh menggunakan sama ada pelitup pakai buang atau boleh guna semula, tetapi pelindung muka plastik tidak diluluskan untuk digunakan, kata SFA. Ini kerana pelindung muka tidak dianggap sebagai "penghalang fizikal berkesan" kerana jurang besar di bahagian bawah yang terdedah. Ini masih boleh menyebabkan pencemaran makanan.



Peraturan itu menjejaskan semua kakitangan terlibat dalam penjualan dan penyediaan makanan dan minuman di semua pertubuhan makanan runcit, termasuk pusat penjaja, kedai kopi, restoran, pasar raya, pameran perdagangan, serta pertubuhan makanan bukan runcit, termasuk pertubuhan pemprosesan makanan dan rumah penyembelihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >