Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG masih pertimbang guna tenaga nuklear, geoterma: Alvin Tan

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



PERKEMBANGAN dalam tenaga nuklear dan teknologi geoterma telah menjadikan ia lebih berdaya maju untuk Singapura, namun negara ini akan menjalankan kajian lanjut mengenai keselamatan sebelum ia digunakan di sini.



"Disebabkan kerumitan teknikal teknologi tenaga nuklear, kami perlu terus membina keupayaan untuk lebih memahami dan menilai implikasi keselamatan dan persekitaran sebelum kami mempertimbangkannya untuk digunakan di Singapura," kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, di Parlimen semalam.



Beliau menambah bahawa pemerintah sedang menyokong kajian melalui Program Penyelidikan dan Pendidikan Keselamatan Nuklear.



"Teknologi ini mesti memenuhi piawaian ketat bagi daya ketahanan prasarana penting selaras dengan amalan terbaik antarabangsa negara maju, yang mempunyai pengalaman dalam memastikan keselamatan loji kuasa sedemikian," kata beliau.



Menyedari bahawa banyak teknologi geoterma dan nuklear maju masih dalam fasa penyelidikan dan pengembangan, dan belum memulakan operasi komersil, Encik Tan berkata pemerintah akan perlu mempertimbangkan sebarang keputusan untuk menggunakan teknologi tenaga baru terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, kemampuan dan kemampanan sekitaran dalam konteks Singapura.



Misalnya, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sedang menjalankan kajian penerokaan bagi menganggarkan potensi sumber geoterma di pelbagai bahagian Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >