Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SG mula tarik balik sekatan sempadan, pemulihan sektor penerbangan kekal mencabar: Iswaran

Aug 21, 2021 | 7:04 PM
- Foto MTI
- Foto MTI -

SINGAPURA mula menarik balik beberapa sekatan sempadan tetapi pemulihan bagi sektor penerbangan kekal mencabar memandangkan ketidaktentuan pandemik Covid-19, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran. "Hakikatnya adalah ia tetap perjalanan yang jauh kerana sedang beberapa negara lebih maju dalam usaha vaksinasi, yang lain masih cuba memvaksin penduduk mereka.

"Pada masa yang sama, virus ini berada dalam fasa berbeza di bahagian berlainan di dunia, kerana itu negara-negara itu menggunakan langkah sempadan yang berbeza," katanya sewaktu diwawancara Squawk Box Asia CNBC pada Jumaat (20 Ogos). Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan skim baru Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) di mana sempadan akan dibuka secara sepihak bagi orang yang divaksin untuk ke Jerman dan Brunei dan begitu juga sebaliknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg