Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG sasar sektor penerbangan pulih 50% tahap prapandemik

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang merancang agar jumlah penumpang udara pulih ke 50 peratus tahap sebelum pandemik menjelang tahun ini, satu peningkatan daripada 15 peratus kini. Mengumumkan ramalan ini semalam, Ketua Pengarah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas), Encik Han Kok Juan, berkata negara ini akan mula membuka sempadannya dengan lebih luas, dan perjalanan akan kembali seperti waktu sebelum Covid-19 bagi penumpang yang divaksin.



“Kami akan mengoptimumkan penggunaan terminal lapangan terbang, memudahkan pemeriksaan imigresen, ujian dan protokol pengurusan keselamatan lain, dan bekerjasama dengan sektor ini untuk meningkatkan operasi dan tenaga kerja agar memastikan pengalaman di Lapangan Terbang Changi yang selamat dan lancar sedang trafik kembali,” katanya.



Encik Han, yang menyampaikan ucapan pembukaan itu di Forum Keselamatan Penerbangan kepada kirakira 200 pemimpin industri, berkata tahun ini akan menjadi tahun pemulihan bagi sektor penerbangan, kecuali berlakunya keadaan yang tidak diduga.



Beliau merujuk kepada pelan yang diumumkan pemerintah bulan lalu untuk membuka sempadan secara luas kepada mereka yang divaksin setelah keadaan kesihatan awam telah stabil.



Mulai tahun depan hingga 2025, Singapura akan berusaha mendapat balik kedudukannya dan menjadi lebih kukuh, kata Encik Han. Ini akan dilakukan menerusi kerjasama dengan industri untuk mengembangkan rangkaian, membina kapasiti, mempertingkat daya tahan dan membangunkan keupayaan.



Beliau juga berkata prospek jangka panjang penerbangan setelah tahun 2025 kekal cerah.



Rancangan Singapura untuk sektor penerbangan bagaimanapun akan sia-sia sekiranya negara mengalami kemalangan besar atau kejadian jejas keselamatan serius, kata Encik Han.



Beliau menyatakan rejim keselamatan kuat, budaya keselamatan kukuh dan kepimpinan keselamatan kukuh Singapura sebagai tiga pelindung untuk memastikan keselamatan penerbangan.



Beliau berkata komitmen terhadap kepimpinan keselamatan kukuh ditegaskan lagi semalam dengan pelancaran Piagam untuk Budaya Keselamatan Kukuh dan Positif di Singapura di Forum Keselamatan Penerbangan.



Sebanyak 80 pertubuhan penerbangan, termasuk pengeluar pesawat dan syarikat penerbangan besar, telah menandatangani piagam itu sejauh ini.



Caas berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa tinjauan budaya keselamatan penerbangan yang diadakannya antara 15 April dengan 25 Jun tahun lalu mendapati bahawa budaya keselamatan dalam kalangan syarikat dan pekerja kekal kuat.



Lebih 1,300 pekerja dalam sektor itu mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.



Caas berkata tinjauan itu mengenal pasti beberapa ruang tertentu untuk diperbaiki, termasuk keperluan untuk memperkukuh sekitaran di mana kakitangan rasa selamat untuk melaporkan kesilapan yang dilakukan.



Pihak berkuasa sedang membuat susulan dengan syarikat mengenai ruang untuk diperbaiki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >