Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG terbuka tukar idea dengan dunia: Desmond Lee

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA komited untuk bersikap terbuka dan berhubung dengan seluruh dunia selain ingin menjadi sebahagian pertukaran idea dan inovasi global, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.



Bahkan, Encik Lee menambah bahawa penyertaan negara di Expo 2020 Dubai bulan depan membuktikan komitmen itu.



Singapura akan diwakili oleh Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai, yang akan berlangsung mulai 1 Oktober ini.



Expo itu ditunda selama setahun ekoran pandemik Covid-19.



Dengan tema 'Alam Semula Jadi, Memelihara, Masa Depan', Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai menggabungkan seni bina dan alam semula jadi, yang bertujuan memaparkan perjalanan Singapura menuju pertumbuhan, kemampanan dan daya tahan.



Pavilion itu mencontohi dan mencermin visi Singapura untuk menjadi 'Kota dalam Alam Semula Jadi', dengan integrasi pintar reka bentuk, teknologi dan alam semula jadi.



Berucap di pratonton media bagi Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai, yang diadakan secara maya semalam, Encik Lee berkata:



"Bagi Singapura, sebuah negara kota yang kecil, kami komited untuk bersikap terbuka dan berhubung dengan seluruh dunia dan mahu menjadi sebahagian pertukaran idea dan inovasi global.



"Penyertaan kita dalam Expo 2020 Dubai adalah bukti kepada komitmen ini. Kami ingin menunjuk kepada dunia apa sebenarnya Singapura menerusi Pavilion kami."



Expo 2020 Dubai disertai lebih 190 negara. Ia akan dibuka kepada awam selama enam bulan.



"Saya harap Pavilion kita akan dapat menambah perbualan mengenai bagaimana kita dapat menangani cabaran bandar dan membentuk masa depan yang sesuai didiami untuk semua," tambah Encik Lee.



Pesuruhjaya-Besar Pavilion Singapura, Encik Larry Ng, berkata merealisasikan Pavilion Singapura adalah penting untuk negara sebab "ia menyediakan kita wadah untuk berhubung dengan orang dari serata dunia dan terlibat dalam perbincangan penting yang membentuk masa depan".



"Singapura, sebagai sebuah hab global, akan terus berhubung dengan dunia. Pavilion itu menandakan kesediaan kita untuk menerajui dan mengambil bahagian dalam perbualan, dan juga memudahkan pertukaran pengetahuan dan idea antara individu, inovator dan perniagaan kita," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >