Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SGX Cares anjur bengkel rekaan seni guna AI

Sep 28, 2023 | 03:24 PM



Warga emas dari Khidmat Masyarakat Fei Yue dan pelajar dari badan khidmat sosial AWWA berpeluang menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif buat julung-julung kalinya untuk menghasilkan karya seni di sebuah bengkel anjuran SGX Cares – inisiatif sukarelawan jangkauan Bursa Singapura (SGX).

Melalui SGX Cares, pasukan teknologi Bursa Singapura telah bekerjasama dengan Perkhidmatan Web Amazon (AWS) untuk menganjurkan bengkel “Brushstrokes of Technology” buat warga emas dari Khidmat Masyarakat Fei Yue di Pusat Keluarga (Pasar Seni) di Tampines pada 27 September dan lapan pelajar kanak-kanak dari Sekolah AWWA @ Napiri pada 22 September lalu.

Mereka berupaya mengakses sebuah program yang membolehkan mereka memasukkan gesaan untuk mencipta karya seni masing-masing bertemakan ‘Better Happens Together’.

Karya seni tersebut kemudian dicetak dalam saiz poskad dan diberikan kepada para benefisiari tersebut.

Menurut SGX Cares, bengkel tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan SGX untuk mendekati seorang benefisiari malah memberi para benefisiari peluang mempelajari asas teknologi AI dan memaparkan bakat kreatif mereka.

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Warga Emas, Khidmat Masyarakat Fei Yue, Encik Sammy How, berkata:

“Golongan warga emas kami telah mendengar pelbagai perkara tentang AI melalui berita dan orang di sekeliling mereka tetapi kurang faham tentang AI. Ramai di kalangan mereka tidak mahir dalam bidang teknologi tetapi mempunyai sikap ingin tahu untuk belajar perkara baru supaya mereka dapat mengikuti perkembangan teknologi sepertimana yang dibicarakan oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka.

“Justeru, bengkel ini bermakna buat mereka kerana ia juga memberi dorongan kepada warga emas yang mencintai seni untuk meneroka penggunaan digital dalam kehidupan harian mereka.”

Seorang pelajar kanak-kanak dari AWWA, Quzyairi Nor Hilzeeq Nor Haizan, 11 tahun, berasa seronok menerokai sofwe AI dan mendapati sofwe itu mudah digunakan. Dia menghasilkan pelbagai imej seperti itik dan penguin.

“Kami mengutamakan penyertaan dan perpaduan masyarakat. Memaksimumkan penyertaan pelajar kami dan menyokong perpaduan mereka dalam masyarakat adalah satu usaha utama kami dan pasukan di SGX telah banyak menyumbang kepada matlamat ini, memandangkan perkongsian kami yang telah lama terjalin dengan mereka.

“Teknologi telah berkembang pesat dan aktiviti karya seni AI ini dapat membantu anggota masyarakat yang berbeza seperti pelajar autisme dan pelbagai ketidakupayaan untuk memperoleh akses yang sama kepada perkembangan ini dalam persekitaran sekolah yang biasa bagi mereka,” kata naib pengetua, Sekolah AWWA@Napiri, Cik Angie Chen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >