Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SGX dingin terhadap usul adakan papan pasaran saham ketiga

Jan 8, 2016 | 9:19 AM
Bursa Saham Singapura
Bursa Saham Singapura -

SATU cadangan oleh pemimpin perniagaan bahawa Singapura perlu sebuah papan pasaran saham ketiga untuk menampung syarikat "kelas menengah" mendapat sambutan dingin daripada Bursa Singapura (SGX).

Ia berkata pada Khamis (7 Jan) bahawa dua papan sedia ada - Utama dan Catalist - dan juga perkhidmatan lain yang ditawarkan, boleh memenuhi keperluan syarikat tempatan di pelbagai peringkat perkembangan mereka.

Kenyataannya dibuat setelah Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) mencadangkan dalam sebuah kertas kedudukan kepada pemerintah Rabu lalu bahawa Singapura harus menimbang membangunkan papan ketiga bagi syarikat yang lebih kukuh daripada yang disenaraikan di Catalist tetapi tidak cukup besar untuk senarai Utama.

Mewujudkan satu kategori baru bagi syarikat sedemikian supaya mereka boleh dibandingkan dengan syarikat segolongan mereka akan memberi mereka perhatian pasaran lebih besar, kata SBF.

Ketua Eksekutif SBF, Encik Ho Meng Kit, berkata platform pertengahan boleh termasuk syarikat dengan pendapatan sebanyak $300 juta, berbanding syarikat Catalist, yang katanya menjana kira-kira $50 juta.

Ketua ekuiti dan pendapatan tetap SGX, Encik Chew Sutat, memberitahu akhbar The Straits Times melalui e-mel pada Khamis: "Catalist menyasarkan syarikat berkembang, dan memenuhi keperluan pelbagai syarikat dengan permodalan pasaran berza-beza, di bawah rejim yang diselia penaja.

"Papan Utama menyasarkan syarikat yang dapat memenuhi kriteria kuantitatif, dan mahu akses kepada pelbagai rangkaian pelabur institusi.".

Sokongan bagi cadangan SBF itu tidak memberangsangkan, lapor akhbar itu lagi.

Profesor Mak Yuen Teen daripada Sekolah Perniagaan, Universiti Nasional Singapura (NUS), umpamanya, mempersoal kebolehlaksanaan satu lagi papan "memandangkan pasaran dalam negeri Singapura agak kecil dan cabaran dalam mendapatkan penyenaraian asing bermutu".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg