Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shahrin Abdol Salam dinobat Jauhari BH, Shazza pula Jauhari Harapan BH 2023

Nov 03, 2023 | 09:30 PM



Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam, dan penyanyi serta penggubah lagu, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, masing-masing dinobat sebagai Jauhari dan Jauhari Harapan Berita Harian 2023.

Mereka diberikan anugerah tersebut pada majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian yang diadakan di Four Seasons Hotel Singapore pada Jumaat (3 Nov) dengan sokongan penyampai, FairPrice Group.

Encik Shahrin, 50 tahun, memulakan kerjayanya sebagai jurutera penyelenggaraan dengan SMRT pada 1997, dan kini mengetuai dan menguruskan seramai 1,200 kakitangan dan bertanggungjawab atas operasi, penyelenggaraan dan integrasi projek laluan MRT terbaru Singapura iaitu TEL.

Shazza, 22 tahun, pula merupakan artis wanita Singapura yang dipaparkan di papan iklan Times Square yang ikonik di New York City.

Beliau mewakili Singapura dan Malaysia, untuk menjayakan Kempen EQUAL Spotify yang menonjolkan artis wanita di wadah penstriman itu untuk memupuk kesaksamaan dalam industri muzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >