Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Shanmugam rasmi pusat galak kesihatan mental pekerja sosial

Jan 21, 2023 | 05:30 AM

SEBUAH pusat bagi menggalak program kebajikan dan kesihatan mental serta menawar program bagi mencegah pekerja sektor perkhidmatan sosial daripada rasa terlalu tertekan akibat sekitaran pekerjaan yang semakin mencabar didorong pandemik ini telah dirasmikan semalam.

Pusat Rehat dan Latihan Kemahiran Hidup Kampung Siglap kendalian Perkhidmatan Masyarakat New Hope itu, terletak di 10 La Salle Street di estet Frankel - bekas bangunan dan tapak Sekolah Rendah Siglap.

Beroperasi sejak Mac 2021, ia dibina sebagai sebuah pusat yang menggalakkan kerjasama dalam sektor perkhidmatan masyarakat agar dapat merancang dan mengadakan program kebajikan mental dan usaha campur tangan peringkat awal bagi golongan rentan di sini, kata New Hope dalam kenyataannya semalam.

Ia juga bermatlamat menawarkan inisiatif bagi mencegah pekerja profesional dalam sektor berkenaan daripada menjadi terlalu tertekan akibat pekerjaan mereka.

Perkhidmatan Masyarakat New Hope berkata, pandemik Covid-19 telah meningkatkan isu ketidaksamaan sosial dan juga keletihan dalam kalangan masyarakat Singapura, memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

"Golongan yang kurang bernasib baik dibebani keperitan dan keletihan mental; sering diperlukan bekerja hingga lewat, namun masih tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani cabaran hidup.

"Sebagai respons terhadap keperluan yang kian berubah dalam masyarakat ini akibat Covid-19, profesional perkhidmatan sosial juga telah diperlukan menawarkan jagaan tambahan kepada klien mereka," kata New Hope lagi sambil menambah ia telah menyebabkan semakin banyak pekerja sektor itu merasakan keletihannya.

Pusat Kampung Siglap itu merupakan satu kolaborasi antara sektor awam, sektor privet dan juga orang umum. Ia dibuka bagi orang ramai, penerima program bantuan daripada Perkhidmatan Masyarakat New Hope serta agensi perkhidmatan sosial lain, serta badan-badan kemasyarakatan di sini.

Dilengkapi pelbagai kemudahan daripada sebuah auditorium, bilik latihan, bilik dormitori dan juga sebuah kafe, pusat itu berupaya mengadakan pelbagai program riadah dan berehat agar dapat memberi tumpuan kepada kebaikan da kebajikan diri.

Salah satu tawaran pusat itu adalah program perkhemahan sepanjang tiga hari dua malam bernama Tenang yang dicipta khusus bagi pekerja perkhidmatan sosial menangani stress dan menggalakkan kebajikan diri mereka sendiri. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Kebangsaan Perkhidmatan Sosial (NCSS).

Perasmian pusat itu dihadiri Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K.Shanmugam dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong.

Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengasas Perkhidmatan Sosial New Hope, Paderi Andrew Khoo berkata pusat Kampung Siglap itu merupakan sebuah aset penting bagi seluruh sektor perkhidmatan sosial bagi merancangkan dan menganjurkan usaha campur tangan awal untuk menggalak kebajikan dan kebaikan mental dalam kalangan penerima perkhidmatan sosial serta pekerja yang bertugas dalam sektor itu.

"Selain daripada memenuhi keperluan mendesak penerima kami, kami juga akur bahawa terdapat keperluan usaha campur tangan awal bagi para penerima dan kakitangan Agensi Perkhidmatan Sosial lain," katanya.

"Pandemik ini juga telah membuat kami memahami bahawa usaha mencari ketenangan dan berehat daripada arus kehidupan yang sibuk ini serta untuk memulih dan mengembangkan diri itu merupakan sesuatu yang memerlukan masa."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3