Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Shanmugam: Zulfikar sudah langgar batas

Sifatkan Zulfikar lebih berbahaya kerana boleh pengaruh orang biasa bertukar jadi radikal
Jul 30, 2016 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Mohamad Shariff, dikenali dengan aktivisme sosialnya tetapi dia telah melanggar batasan.



Menyatakan demikian semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata kes terhadap Zulfikar jelas sambil menyifatkannya sebagai seorang yang berbahaya.



"Aktivisme sosial - kita boleh setuju, atau tidak bersetuju, orang mengambil pendirian, kami mengambil pendirian - itu satu perkara.



"Menjadikan orang lain radikal, merekrut orang lain untuk berjuang di luar negara, mengagung-agungkan IS (atau ISIS) dan menyatakan perlu ada kekhalifahan Islam di Singapura, itu bagi kami telah melanggar batasannya," tegas Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian semasa ditemui media di bangunan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Dalam satu kenyataan semalam, MHA berkata Zulfikar, 44 tahun, yang menetap di Australia bersama keluarganya, ditangkap di Singapura dan dikenakan Perintah Tahanan (DO).



Dua yang lain - Mohamed Saiddhin Abdullah, 33 tahun; dan seorang lulusan madrasah berusia 17 tahun dikenakan Perintah Sekatan (RO) bagi tempoh dua tahun bermula bulan ini.



Encik Shanmugam berkata ada dua kategori individu radikal - satu, yang keluar untuk membunuh, dan kedua yang mempengaruhi orang lain membunuh.



Zulfikar jatuh dalam kategori kedua, dan dia mempengaruhi individu seperti Mohamed Saiddhin.



"Orang seperti Zulfikar lebih berbahaya daripada Saiddhin kerana anda boleh menjadikan orang biasa kepada radikal dan mempengaruhi mereka menjadi pengganas," ujar Encik Shanmugam.



Tambahan pula, Zulfikar mengaku menubuhkan wadah dalam talian untuk cuba menarik warga Singapura, pada lahirnya untuk memperjuang isu sosio-keagamaan, tetapi hakikatnya dia menggunakan wadah itu dengan tujuan meradikalkan mereka.



Menjawab soalan mengapa tindakan ke atas Zulfikar hanya diambil sekarang walaupun dia telah aktif sejak beberapa tahun lalu, Encik Shanmugam berkata pihak berkuasa perlu yakin mengenai bukti terhadapnya.



Zulfikar, yang berada di luar negara sebelum ini, ditahan hanya setelah pihak berkuasa mendapatkan bukti yang mencukupi dan setelah dia kembali ke Singapura.



Dalam kenyataannya, MHA juga berkata bekas tahanan ISA, Muhammad Fadil Abdul Hamid, 27 tahun, telah ditahan semula di bawah ISA bagi tempoh dua tahun bermula April lalu kerana bercadang menyertai kumpulan pengganas seperti IS untuk terlibat dalam keganasan bersenjata di Syria.



Sejak peristiwa 9/11, Singapura telah menahan lebih 80 individu radikal, dan sejauh ini seramai dua orang telah kembali menjadi radikal setelah dibebaskan, kata Encik Shanmugam.



Tidak seperti negara lain yang menahan individu itu selama-lamanya, Singapura mengambil pendekatan memulihkan mereka dan mengambil pendekatan itu secara berhati-hati.



"Usah melihat pemulihan sebagai penyelesaiannya. Akhirnya, ia satu percubaan menjadikan individu lebih baik dan membolehkan mereka pulang ke pangkuan masyarakat.



"Apabila anda memulihkan dan membebaskan, sudah jelas anda mengambil risiko.



"Apabila anda membuat penilaian bahawa orang itu telah dipulihkan, anda berharap mereka menjalani kehidupan bermakna tetapi anda perlu faham, mereka boleh berbalik kepada cara lama," ujarnya.




"Menjadikan orang lain radikal, merekrut orang lain untuk berjuang di luar negara, mengagung-agungkan IS (atau ISIS) dan menyatakan perlu ada kekhalifahan Islam di Singapura, itu bagi kami telah melanggar batasannya... Orang seperti Zulfikar lebih berbahaya daripada Saiddhin kerana anda boleh menjadikan orang biasa kepada radikal dan mempengaruhi mereka menjadi pengganas."
- Encik Shanmugam mengenai bahaya yang timbul melalui aktiviti radikal Zulfikar.



"Usah melihat pemulihan sebagai penyelesaiannya. Akhirnya, ia satu percubaan menjadikan individu lebih baik dan membolehkan mereka pulang ke pangkuan masyarakat. Apabila anda memulihkan dan membebaskan, sudah jelas anda mengambil risiko. Apabila anda membuat penilaian bahawa orang itu telah dipulihkan, anda berharap mereka menjalani kehidupan bermakna tetapi anda perlu faham, mereka boleh berbalik kepada cara lama."
- Encik Shanmugam mengenai pendekatan pemulihan yang diambil Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >