Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

SIA lanjut tajan F1 S'pura hingga 2019

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIA lanjut tajan F1 S'pura hingga 2019

Apr 19, 2018 | 06:47 PM

SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) semalam mengumumkan keputusan melanjutkan lagi tajaan ke atas perlumbaan Formula Satu (F1) Singapura untuk dua tahun lagi, sehingga 2019.

SIA mula menjadi penaja utama perlumbaan malam Litar Marina Bay yang ikonik itu pada 2014 – atau selama dua tahun sebagai permulaan. Tajaan itu kemudian disambung dua tahun lagi – 2016 dan juga tahun lalu. Perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airline tahun itu dijadualkan berlangsung pada 14-16 September ini.

Mengulas mengenai sokongan berterusan sya rikat penerbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong, berkata: “Perlumbaan malam F1 Singapura adalah kemuncak kalendar sukan di negara ini dan kami seronok dapat terus menjadi penaja utama. Kami berharap dapat menyajikan acara ini kepada dunia, memberikan suntikan kepada pe lancongan dan sukan bagi manfaat warga setempat dan pengunjung.”

CEO dan pengerusi F1, Chase Carey, meng alu-alukan sokongan berterusan itu. “F1 gembira dapat melanjutkan hubungannya dengan SIA. Daya tarikan Singapura sebagai tumpuan (pelancong) adalah salah satu contoh keseronokan F1 yang terasa di serata dunia dan mempu nyai rakan berprestij seperti SIA yang menunjukkan bahawa cita-cita kami dikongsi sama oleh syarikat terkemuka pasaran daripda pelbagai pelosok dunia,” ujar Carey.

Satu kenyataan media yang dikirimkan SIA semalam turut menukil pengerusi Grand Prix Singapura, Teo Hock Seng, yang berkata: “Kami gembira sekali mendapatkan SIA sebagai rakan ganding sekali lagi... kerjasama sejak empat tahun lalu ini adalah kunci kejayaan perlumbaan malam ini.”

Edisi F1 Singapura Singapore Airlines tahun ini adalah yang ke-11 sejak sukan glamor itu kembali ke tanah air pada 2008. Tahun lalu, perlumbaan di Marina Bay dimenangi jaguh Mercedes, Lewis Hamilton, yang kemudian muncul sebagai juara dunia buat kali keempat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3