Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siapa bakal rangkul Anugerah Jauhari tahun ini?

Nov 3, 2022 | 5:30 AM
MALAM PENENTUAN: Gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian akan diketahui dalam satu majlis gah malam ini. - Foto BERITA HARIAN
MALAM PENENTUAN: Gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian akan diketahui dalam satu majlis gah malam ini. - Foto BERITA HARIAN -

SELEPAS dua tahun majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian berlangsung secara sederhana akibat pelbagai sekatan Covid-19, penerima anugerah itu tahun ini akan diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang malam ini.

Majlis tersebut akan berlangsung di Hotel Four Seasons dengan dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, selaku tetamu terhormat.

Tiga anugerah akan disampaikan tahun ini iaitu Anugerah Jauhari, Anugerah Jauhari Harapan dan Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat.

Anugerah Jauhari memberi penghormatan kepada individu Melayu/Islam yang cemerlang, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi, dengan penerimanya juga meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.

Anugerah Jauhari Harapan mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah.

Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat pula mengiktiraf pencapaian dan sumbangan seorang tokoh sepanjang kerjayanya dalam bidang yang diceburi.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg