Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIF lancar program sukarelawan maya bagi belia Asia sedia ekonomi digital

Mar 27, 2022 | 08:55 PM



YAYASAN Antarabangsa Singapura (SIF) pada Sabtu (26 Mac) melancarkan program sukarelawan maya yang dinamakan  DigiLABS.

Program itu  untuk menyediakan belia Asia bagi ekonomi digital dan membantu memacu inovasi sosial dan perubahan dalam masyarakat mereka melalui huraian digital. 

Menteri Negara Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Encik Tan Kiat How, merasmikan pelancaran DigiLABS.





Bercakap semasa pelancaran itu, Encik Tan menyatakan perlunya  inisiatif sedemikian.

Beliau berkata:  “Asia Tenggara sedang mengalami perubahan  digital  pesat yang belum pernah berlaku sebelum ini, didorong peningkatan bilangan syarikat pemula digital, perubahan gaya hidup dan aspirasi, dan penduduk  muda yang mendakap teknologi.

“Kita mesti terus melengkapkan penduduk kita dengan kemahiran yang diperlukan dan akses digital untuk berkembang maju dalam dunia digital.



 



“Menerusi DigiLABS, SIF akan menyokong pembangunan  keupayaan digital belia kita di rantau ini melalui rangkaian sukarelawan dan rakan industri yang kukuh.

“Bersama-sama, kita akan membina masyarakat yang inklusif secara digital, dan lebih bersedia bagi masa depan digital yang dikongsi ramai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >