Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Silap masa lalu dorong belia jadi relawan cegah dadah

Jun 30, 2023 | 04:08 PM



Pertama kali hendak cuba benda baru, pertama kali juga beliau kena tangkap.

Sekitar sedekad lalu, Encik Danial Iskandar, yang pada ketika itu berusia 17 tahun, menyifatkan dirinya sebagai seorang remaja tidak tentu arah dan sering melepak dengan teman hingga lewat malam.

Peristiwa beliau ditangkap kerana mengambil dadah buat pertama kali membawa kesan mendalam sehingga sekarang dan beliau menjadi relawan untuk mencegah belia lain daripada terpengaruh mengambil dadah.

Berkongsi kisah itu, Encik Danial, 27 tahun, berkata kegiatan mencuba “barang” baru mula dengan melepak dengan teman sambil merokok.

Lama-kelamaan, kumpulan teman-temannya lain mula ‘mencucuk’ minat baru untuk mencuba dadah.

“Dulu kalau kita lepak, ‘group’ kita sebenarnya kecil sahaja, dalam lima hingga enam orang begitu,” katanya yang sering menghabiskan masa di kawasan kejiranan tertentu seperti kolong blok dan dewan serba guna estet perumahan awam di Woodlands.


“Lama-lama, kumpulan kami bertambah besar dan ‘members’ dari kumpulan lain pula cuba mengajak kami cuba benda baru,” tambah Encik Danial, kini bertugas sebagai seorang pekerja eksekutif dalam syarikat penganjur acara.

Terpengaruh, Encik Danial cuba mengetahui lebih tentang fungsi dan kesan sampingan setiap kategori dan kelas dadah. Dadah apa boleh menyebabkan mabuk, boleh mencapai khayal dan sebagainya.

Beliau akur pada waktu itu beliau terburu-buru untuk mengambilnya.

“Selepas mengetahui lebih tentang dadah, saya akhirnya putuskan untuk cuba,” ujarnya.

Dalam satu kejadian, Encik Danial diajak seorang teman untuk cuba ‘angkat’ Ice.


Mereka menetap sementara di satu unit flat seorang teman untuk mencubanya bersama-sama.

“Tapi sejurus selepas saya hisap benda itu, pegawai polis serbu rumah itu,” kata Encik Danial.

“Orang lain dalam sel kemudian bilang saya, ‘kau memang betul-betul suay (malang), kena tangkap pertama kali angkat dadah’,” tambahnya.


Pada usia 17 tahun, dan baru sahaja mendapat sijil GCE Peringkat ‘N’, Encik Danial dimasukkan ke ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC) selama enam bulan.

“Perkara itu membuat saya menyesal sekali,” katanya ketika ditemui sambil menambah, apa yang membuatnya berubah sesudah itu merupakan satu isu sensitif bagi dirinya.

Kini selain bertugas sepenuh masa sebagai eksekutif dalam sektor penganjuran acara, Encik Danial adalah seorang relawan bersama rangkaian relawan belia IM Volunteers Network yang giat aktif dalam usaha mencegah ketagihan sejak 2020.

Beliau menyandang jawatan sebagai anggota lembaga penasihat rangkaian itu.

Antara lain, mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Biro Narkotik Pusat (CNB) dan masjid-masjid tempatan di bawah kempen ‘Dadah Itu Haram’ dan mendekati belia dari pelbagai latar belakang untuk memberi bahan maklumat berkait sokongan bantuan mencegah dadah dan ketagihan.

Setiap relawan kumpulan belia itu dilatih rapi untuk melakukan tinjauan di kalangan belia.

“Dadah ini satu perkara yang membimbangkan sebab anak muda sekarang terpengaruh dari pelbagai saluran – dari televisyen, dari kawan dan mereka lebih berani untuk cuba semua benda (berkaitan dadah).

“Ia sesuatu yang menyedihkan apabila kami dengar berita remaja semuda 14 tahun sudah menjadi pesalah, menjadi pengedar dan penagih dadah.

“Dan apa yang membimbangkan ialah alasan mereka bagi menyokong ketagihan itu adalah kerana mereka rasa murung atau sedang menghadapi tekanan, tanpa mencari huraian lain.

“Apa yang mereka tak sedar adalah dadah itu sendiri yang memburukkan lagi keadaan dan hanya satu permulaan ke arah merosakkan kesihatan diri sendiri,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >