Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Simposium galak nilai hormat dilancar

Jul 20, 2018 | 04:36 PM



SIMPOSIUM yang bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat terhadap satu sama lain telah dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob semalam. 



Simposium antarabangsa yang dianjurkan badan amal Honour (Singapura) buat kali kedua itu akan berlangsung dari 19 hingga 20 Julai di Hotel Fullerton Singapura. 



Ia merupakan sebahagian usaha badan amal tersebut untuk menggalakkan budaya hormat dan menghormati di Singapura untuk mewujudkan perniagaan yang lebih berjaya, keluarga yang lebih stabil dan negara yang lebih kukuh. 



Peserta simposium tersebut terdiri daripada lebih 200 individu dari sektor awam dan swasta dari pelbagai negara termasuk Singapura, Australia, China, Ghana, Indonesia, Jepun, Mongolia, Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland. 



Tema simposium tahun ini adalah: “Jadi Terbaik Yang Anda Mampu”. 



Antara topik yang akan dikongsikan penceramah simposium itu termasuk tentang amalan hormat dalam pertubuhan, kepimpinan, keluarga, dan kehidupan. 



Pengerusi Honour (Singapura) Encik Lim Siong Guan berkata: 

“Budaya hormat menghormati kekal penting dalam masa hadapan Singapura, dan merupakan rangka yang harus diikuti demi mengekalkan kejayaan yang dicapai Singapura.” 



Encik Lim berharap simposium tersebut akan membuahkan perbincangan bagi generasi pemimpin akan datang yang akan meneruskan nilai hormat, sama ada dalam keluarga, perniagaan atau masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >