Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri bincang isu sosio-agama libatkan wakil setiap agama, pakar dilancar Pusat Harmoni

Oct 23, 2020 | 05:27 PM



SIRI yang mengumpulkan wakil setiap agama serta pakar untuk membincangkan isu sosio-agama kontemporari yang menjejas kehidupan semasa dilancarkan Pusat Harmoni baru-baru ini.



Tick Talks bertujuan mendekati orang ramai melalui sesi di ruang maya di mana cabaran masa kini diteliti dan perspektif keagamaan serta peranan positif agama dalam menangani cabaran dikongsi dengan peserta.



Siri empat episod yang berlangsung dari 30 September hingga 21 Oktober disertai 130 orang dan menerima sebanyak 2,100 tontonan. Ia juga merupakan perbincangan ruang maya pertama yang diadakan pusat tersebut.



Masalah domestik dan keganasan keluarga yang meningkat dalam tempoh pandemik Covid-19 yang tidak menentu ini mendorong pusat tersebut memulakan siri dengan tema “Mewujudkan Ruang Selamat, Mengukuhkan Agama dan Hubungan Keluarga semasa Covid-19”.



Tema tersebut dipilih menyusuli laporan media tentang peningkatan dari segi tekanan dalam keluarga semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB), terutama sekali dengan semua anggota keluarga yang terpaksa berada dalam ruang yang sama dalam menghadapi tekanan dari situasi pandemik, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Siri tersebut diakhiri dengan episod keempat dengan topik “Keluarga dan Tekanan: Mengukuhkan Pegangan Agama di sebalik Konflik dan Keganasan” yang berlangsung pada 21 Oktober.



Episod tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keganasan keluarga dan menggalakkan anggota masyarakat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memberi sokongan kepada mereka yang terjejas.



Panel perbincangan tersebut terdiri daripada Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Pekerja Sosial di Care Corner Project StART, Cik Kristine Lam.



Turut menyertai perbincangan tersebut termasuk Bishop Terry Kee dari Gereja Lutheran dan Pembantu Pengarah PAVE, Cik Adista Jalani.



Dalam perbincangan itu, Cik Lam menekankan bahawa perubahan dari segi pemikiran merupakan salah satu langkah utama yang boleh diambil anggota masyarakat.



“Isu keganasan keluarga tidak seharusnya (dianggap) hanya sebagai isu domestik. Kita sebagai anggota masyarakat seharusnya menganggapnya sebagai isu masyarakat.”



Dalam pada itu, Dr Nazirudin juga telah menekankan pentingnya kesedaran tentang kesihatan mental dalam masyarakat.



Katanya: “Kita harus sedar betapa pentingnya memahami isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental hari ini. Hakikatnya, cabaran kesihatan mental boleh dan telah membawa kepada tingkah laku yang ganas.



“Sebagai masyarakat, janganlah biarkan para mangsa keganasan terasa terasing dan tersendiri. Bersamalah mereka dalam perjalanan memulihkan kepercayaan dalam institusi keluarga.”



Sementara itu Bishop Terry menambah walaupun pemimpin agama harus mewujudkan ruang yang selamat untuk individu yang terjejas, mereka juga perlu memastikan bantuan yang sesuai diberikan, termasuk dengan merujuk mereka kepada karyawan yang dapat membantu.



Antara topik lain yang diketengahkan termasuk kepentingan membantu keluarga menyesuaikan diri dengan norma baru, cara mengimbangi kerja dan tanggungjawab di rumah untuk ibu bapa, serta masalah yang dihadapi warga emas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >