Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem peti surat pintar bagi sebahagian penduduk Punggol

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN penduduk di Punggol akan dapat menikmati lebih kemudahan ketika mengambil mel mereka, menggunakan sistem peti surat pintar di salah sebuah blok flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mulai Jumaat depan.

Sistem itu, juga dikenali sebagai PostPal, akan membolehkan penduduk Blok 226B, Sumang Lane menerima pemberitahuan mengenai penghantaran mel melalui aplikasi mudah alih.

Mereka juga akan dapat memeriksa jumlah barangan yang belum diambil, dan mengizinkan orang lain untuk mengambil mel bagi pihak mereka.

Sebanyak 96 isi rumah di blok itu akan menjadi kumpulan kedua mencuba sistem itu, yang dibangunkan SingPost dan PBA Group, sebuah syarikat robotik dan automasi berpangkalan di Singapura.

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) dan Anggota Parlimen bagi Punggol West, Cik Sun Xueling berkata:

"Sebagai salah satu kawasan termuda dan paling faham teknologi di Singapura, penduduk kami sering berbelanja secara dalam talian dan PostPal akan menjadi aset yang luar biasa bagi mereka, terutama pada masa ini ketika ramai masih bekerja dari rumah."

Percubaan lanjutan di Punggol itu muncul selepas kejayaan PostPal di dua blok di Clementi, di mana program perintis selama setahun itu dimulakan Disember tahun lalu.

Lebih 80 peratus isi rumah di sana telah mendaftar, dan 20,000 barangan telah dihantar menerusi sistem itu.

Beberapa pembaikan telah dibuat kepada kios PostPal setelah mendapat maklum balas daripada penduduk Clementi.

Panel yang penduduk perlu menolak untuk mengambil mel mereka kini telah digantikan dengan pintu berkelepak atau 'flap', menjadikan ia lebih mudah untuk mencapai ke dalam mesin.

Alat pembaca pada mesin itu juga telah dipertingkat untuk mengesan kod QR di telefon pintar penduduk dengan lebih mudah.

Penduduk menggunakan kod itu untuk mendapat akses kepada mel mereka, dengan mengimbas kod pada alat pembaca di mesin.

Semalam, teknisyen dilihat melakukan ujian di lokasi kios PostPal di kolong Blok 226B, dan risalah dihantar ke peti surat penduduk untuk mereka mendaftar bagi sistem itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >