Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem S’pura telus dan tiada kompromi integriti: Tharman

Tiada perdana menteri S’pura pernah halang siasatan rasuah; peranan Presiden perkukuh sistem ketelusan
Jul 15, 2023 | 03:57 PM



Sistem Singapura telus dan dibangunkan untuk memastikan tiada kompromi dalam soal integriti, kata mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam. 

Beliau, yang telah melahirkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, berkata sedang Singapura tidak pernah mempunyai perdana menteri yang menghalang Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) daripada menjalankan tugasnya, “jika ia berlaku, Presiden akan ada” untuk memastikan terdapat ketelusan dalam sebarang siasatan.

Encik Tharman berkata demikian apabila ditemui media semasa kunjungannya ke Teck Whye pada Sabtu. Beliau telah ditanya mengenai siasatan CPIB ke atas Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.

Encik Tharman berkata beliau bersikap optimis terhadap ketelusan sistem Singapura dan menekankan bahawa apa sahaja persoalan berkaitan integriti dan sikap amanah di negara ini akan ditangani secara serius, dengan CPIB diberikan kuasa sepenuhnya untuk melakukan tugas mereka. 

“Kita tidak pernah mempunyai Perdana Menteri (yang) menghalang CPIB daripada melakukan kerjanya. Jika ia berlaku, presiden akan ada (untuk memastikan ketelusan dalam siasatan)...Itulah sistem Singapura,” katanya. 

Beliau berkata: “Ia mungkin tidak penting kepada beberapa negara lain, tetapi Singapura berbeza dan Singapura mesti berbeza, kerana kita tidak mempunyai banyak (kekuatan) lain.

“Kita mempunyai warga kita dengan kemahiran dan bakat kita, lebih banyak sekarang berbanding ketika kita bermula, tetapi pada akhirnya, ia adalah sistem Singapura. 

Beliau menambah: “Itulah yang menjadikan Singapura istimewa, itulah yang membuatkan kita dikagumi di seluruh dunia.

“Jadi, setiap kali berlakunya rintangan, anggap rintangan itu sebagai peluang untuk mengukuhkan sistem, untuk memaparkan ketelusan penuh.”

Mengulas mengenai teman dan rakan kerja lamanya, Encik Iswaran, Encik Tharman yakin bahawa beliau akan dapat melalui keadaan itu. 

“Ia bukan penghujung hidupnya atau penghujung masa depannya. Beliau akan dapat melaluinya. Tetapi biarlah siasatan itu berjalan dengan lancar, dan janganlah kita membuat pertimbangan pada ketika ini. Sistem ini berfungsi dan ia mesti berfungsi.”

Mantan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial itu, berundur pada 7 Julai selepas empat dekad dalam perkhidmatan awam untuk bertanding bagi jawatan presiden Singapura.

Penggubal dasar ekonomi veteran itu mengadakan beberapa acara penglibatan masyarakat pada Sabtu, termasuk pengagihan daging korban dan majlis penghargaan relawan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).

CPIB mengesahkan pada Jumaat bahawa Encik Iswaran telah ditahan pada Selasa, dibebaskan dengan ikat jamin, dan pasportnya diimpaun. 

CPIB telah berkata pada Rabu Encik Iswaran sedang membantu mereka dengan siasatan kes yang ditemui agensi itu.

Beliau ditangkap pada hari yang sama dengan hartawan Encik Ong Beng Seng, pengasas dan pengarah urusan Hotel Properties Limited. Encik Ong juga dibebaskan dengan ikat jamin.

Encik Iswaran telah diarahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mengambil cuti sehingga siasatan selesai.

Pejabat Perdana Menteri berkata pada Khamis bahawa Encik Iswaran akan kekal di Singapura semasa tempoh cutinya dan beliau tidak akan mempunyai akses kepada mana-mana sumber rasmi dan bangunan pemerintah.

Sementara itu, CPIB berkata permintaan Encik Ong untuk melancong ke luar negara telah diluluskan dengan kuantum ikat jaminnya dinaikkan kepada $100,000.

Apabila beliau kembali ke tanah air, beliau mesti melaporkan diri kepada CPIB dan menyerahkan pasportnya kepada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >