Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

SIT akan tambah bilangan pelajar jelang 2023

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIT akan tambah bilangan pelajar jelang 2023

Jan 21, 2022 | 05:30 AM

INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) akan menambah pengambilan pelajar sebanyak sekitar 6.7 peratus kepada 3,200 pelajar menjelang 2023, kata presiden universiti itu, Profesor Chua Kee Chaing, semalam.

Dalam ucapan pembukaan di Persidangan Pembelajaran Gunaan 2022 ketiga yang diadakan secara maya, Profesor Chua berkata bagi tahun akademik 2021, institusi pengajian tinggi menerima sejumlah 13,000 permohonan untuk sekitar 3,000 tempat.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pada 2020, enam universiti di sini menerima 17,500 pelajar secara keseluruhan, dan tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 17,800 tempat.

"Kami adalah universiti pembelajaran gunaan pertama di Singapura dan walaupun merupakan sebuah universiti muda, kami sudah pun menjadi yang ketiga terbesar daripada segi pengambilan pelajar," kata Profesor Chua.

Beliau menambah, lebih 90 peratus daripada kohort itu dapat mengikuti sama ada kursus pilihan pertama atau kedua mereka di universiti itu.

Profesor Chua juga menekankan pentingnya kerjasama rapat SIT dengan industri yang berperanan besar dalam program pembelajaran pekerjaan bersepadu (IWSP), satu ciri unik pendidikan SIT.

Menerusi program itu, pelajar dihantar bekerja di sebuah syarikat antara lapan dengan 12 bulan, memberikan mereka pengalaman bekerja sepenuh masa, kata Profesor Chua.

"Dalam syarikat-syarikat itu, pelajar diberikan projek yang bermakna, belajar daripada rakan sekerja yang berpengalaman dan membawa pulang pengajaran ke dalam bilik darjah," katanya, sambil menambah bahawa cabaran kerja yang dikenal pasti juga boleh berubah menjadi projek tahun akhir untuk dilakukan dalam trimester akhir mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa dari 2018 hingga 2020, lebih separuh daripada lulusan SIT menerima tawaran awal dari syarikat tempat mereka bekerja sebagai sebahagian daripada program IWSP.

Universiti itu juga mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Siemens untuk membangunkan pengkhususan ijazah baru dalam sistem robotik.

Ia akan melengkapi pelajar dengan kemahiran berkaitan kerja, seperti pembangunan sistem robotik, kejuruteraan sistem, kecerdasan buatan dan pengurusan projek, kata Profesor Chua.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3