Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN BAGI WARGA HARUNGI COVID-19

Skim $133j dijangka manfaatkan 52,000 pemandu teksi, penyewa kereta privet

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 52,000 pemandu teksi dan penyewa kereta privet yang menerima bantuan bagi mengurangkan kos sewa kenderaan mereka di bawah Dana Bantuan Khas sedia ada akan secara automatik dipindahkan ke satu skim baru mulai bulan depan.



Di bawah Dana Bantuan Kewangan Covid- 19 bagi Pemandu (CDRF) yang baru, mereka akan menerima $600 setiap kenderaan setiap bulan antara Januari dengan Mac 2021, naik daripada $300 sebulan di bawah skim sedia ada, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Ini akan dikurangkan kepada $450 sebulan antara April dengan Jun 2021.



Menurut LTA, skim terbaru itu akan menelan belanja $133 juta.



Ia menggantikan Dana Bantuan Khas, di mana pemandu sektor pengangkutan satu tempat ke satu tempat (P2P) telah menerima bayaran sejak Februari lalu.



Bantuan keseluruhan yang diberikan kepada sektor itu kini adalah sekitar $380 juta.



Pemandu P2P yang menerima bayaran di bawah dana baru ini tidak akan layak bagi Geran Pemulihan Covid-19 yang turut diumumkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MFS) semalam.



Kata LTA lagi, skim terbaru bagi pemandu itu akan mengurangkan kesan berakhirnya Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS).



Skim ini yang diperkenalkan Mac lalu memberikan individu yang bekerja sendiri, termasuk pemandu teksi dan kereta sewa privet, dengan bayaran wang tunai sebanyak $3,000 pada setiap suku untuk membantu mereka dengan ketidaktentuan ekonomi akibat Covid-19.



"Meski keadaan Covid-19 bertambah baik di Singapura, bilangan penumpang yang menggunakan khidmat teksi dan penyewa kereta privet kekal rendah berbanding paras sebelum Covid-19 sedang aktiviti pelancongan masih tidak berganjak dan ramai pekerja masih bekerja dari rumah.



"Covid-19 juga telah merubah corak perjalanan dengan penumpang memilih menggunakan khidmat teksi dan penyewa kereta privet bagi perjalanan singkat, yang menyebabkan tambang yang lebih rendah bagi setiap perjalanan," menurut kenyataan itu.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, dalam Facebooknya, berkata beliau telah bertemu dengan wakil daripada Persatuan Teksi Kebangsaan dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) untuk mendengar keprihatinan mereka selain memberi jaminan bahawa pemerintah akan tetap menyokong mereka dalam apa jua cara yang mampu.



"Ada yang melahirkan keprihatinan mengenai kesan Covid-19 terhadap pendapatan dan kehidupan mereka sedang kita melangkah ke tahun baru.



"Walaupun terdapat lebih banyak aktiviti dalam pembukaan semula Fasa Ketiga, pelancongan tidak akan berganjak dan ramai pekerja masih boleh terus bekerja dari rumah.



"Semua ini akan terus memberi kesan terhadap pendapatan pemandu teksi dan penyewa kereta privet," katanya.




SEKILAS



Dana Bantuan Kewangan Covid-19 Untuk Pemandu



  • Pemandu teksi utama dan penyewa kereta privet sepenuh masa akan menerima $600 setiap kenderaan setiap bulan, mulai Januari hingga Mac 2021

  • Kenaikan daripada $300

  • Ini akan dikurangkan kepada $450 sebulan di antara April dengan Jun

  • Sekitar 52,000 pemandu - pemandu teksi utama dan penyewa kereta privet sepenuh masa - layak Dana Bantuan Khas akan secara automatik dipindahkan kepada Dana Bantuan Kewangan Covid-19 untuk Pemandu mulai bulan depan


"Ada yang melahirkan keprihatinan mengenai kesan Covid-19 terhadap pendapatan dan kehidupan mereka sedang kita melangkah ke tahun baru. Walaupun terdapat lebih banyak aktiviti dalam pembukaan semula Fasa Ketiga, pelancongan tidak akan berganjak dan ramai pekerja masih boleh terus bekerja dari rumah. Semua ini akan terus memberi kesan terhadap pendapatan pemandu teksi dan penyewa kereta privet."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >