Skim KidSTART akan dipertingkat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BERITA

Skim KidSTART akan dipertingkat

Kerjasama baru diadakan dengan beberapa rakan kongsi untuk bantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah
Nov 25, 2020 | 05:30 AM

SATU skim untuk membantu kanak-kanak kecil daripada keluarga berpendapatan rendah akan dipertingkat menerusi kerjasama baru dengan beberapa rakan kongsi yang menyediakan latihan pelbagai disiplin untuk pengamal skim itu.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Yayasan Temasek (TF) dengan kerjasama Politeknik Nanyang (NYP) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura semalam melancarkan program latihan pelbagai disiplin untuk pengamal yang menyokong pembangunan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Dalam kenyataan bersama, ECDA dan TF berkata program itu yang pertama kali diadakan bertujuan memberi lebih banyak sokongan kepada pengamal KidSTART dalam bahagian pembangunan kanak-kanak, kesihatan dan kerja sosial, yang penting dalam intervensi awal kanak-kanak.

KidSTART adalah inisiatif perintis pemerintah untuk membantu kanak-kanak yang berusia hingga enam tahun daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program Pelbagai Disiplin bagi Meningkatkan Pembangunan Kanak-Kanak baru itu yang diumumkan semalam merangkumi dua bahagian - program latihan asas yang dikendalikan NYP dan program latihan semasa berkhidmat (in-service) oleh SUSS.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

TF komited menyumbang $1.15 juta untuk menyokong latihan bagi 300 pengamal selama tiga tahun.

Latihan asas yang dikendalikan NYP dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak itu menyediakan pengamal yang mempunyai pengalaman terhad bekerja bersama kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah atau tanpa pengalaman, dengan pemahaman lebih mendalam mengenai cabaran yang golongan ini hadapi.

Konsep dan teori asas dalam domain pembangunan kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan dan kerja sosial juga akan disertakan.

Pengamal berpengalaman boleh melanjutkan ilmu mereka dengan mengambil satu atau lebih modul daripada tujuh modul pendidikan dan latihan berterusan yang dijalankan SUSS.

Topik merangkumi bagaimana kanak-kanak berfikir dan belajar, kesihatan, perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta kemahiran yang diperlukan untuk menenuramah dan lawatan ke rumah dan menangani masalah keluarga.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Sun Xueling, yang menyertai salah satu sesi latihan asas secara maya, berkata:

"Sedang kita memperluas KidSTART untuk membantu lebih ramai keluarga berpendapatan rendah, kita harus memastikan mereka yang bekerjasama dengan kanak-kanak kecil harus memiliki pengetahuan dan kemahiran betul untuk menyokong kanak-kanak KidSTART dan keluarga mereka secara menyeluruh."

KidSTART, yang bermula pada 2016 dan menyokong keluarga dalam bahagian pemakanan, pembangunan kanak-kanak dan interaksi antara ibu bapa dengan kanak-kanak, merancang meningkatkan pendekatannya kepada lebih 5,000 kanak-kanak dalam tiga tahun seterusnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map