Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim TTFS bantu dua siswazah capai kejayaan cemerlang

Jan 08, 2023 | 05:30 AM



BANTU dua pelajar memberi tumpuan kepada pengajian tanpa memikirkan tentang beban kewangan masing-masing.



Berkat bantuan skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS), Encik Musa Ahmad Dahlan, 28 tahun dan Cik Diana Lorensa Marzuki, 25 tahun masing-masing telah mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka.



Encik Musa merupakan siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan menerima kepujian tertinggi kelas pertama dan penghargaan anugerah kecemerlangan akademik Senarai Dekan dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018.



Beliau juga menerima Anugerah Cemerlang Mendaki bagi pencapaian terbaiknya di universiti.



Beliau merupakan bekas pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah yang kemudian meraih kelulusan diploma dalam kejuruteraan aeronautikal dari Politeknik Singapura.



"Saya bertuah dapat tangani pelbagai cabaran semasa menjadi mahasiswa dengan sokongan padu keluarga dan kawan-kawan saya. Pastinya, subsidi TTFS banyak membantu," kata Encik Musa.



Cik Diana, pula perlu bekerja secara sambilan sejak berusia 17 tahun lagi kerana ingin menampung elaun sekolahnya tanpa membebankan ibu bapanya.



Cik Diana awalnya membuat permohonan bagi skim TTFS semasa beliau berada di Politeknik Ngee Ann (NP) dari 2014 hingga 2017.



Beliau kemudian membuat permohonan skim subsidi TTFS buat kali kedua tatkala mahu melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda sains di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).



Permohonan Cik Diana lulus sekali lagi dan beliau layak menerima 100 peratus subsidi TTFS sepanjang pengajian empat tahun di SUSS.



Beliau kini sudah tamat pengajian pada Disember 2021 dan bertugas sebagai penganalisis pematuhan bersama platform kekayaan swasta digital, Kristal.AI.



"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya dapat menikmati kehidupan pelajar yang menyeluruh di pusat pengajian tinggi tanpa bantuan skim subsidi TTFS.



"Kemahiran yang saya timba di politeknik dan universiti kini bermanfaat bagi saya melayari bidang pekerjaan," jelas Cik Diana.



Perangkaan Yayasan Mendaki menunjukkan pada 2021, lebih 11,000 pelajar meraih manfaat daripada skim TTFS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >