Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo: Sektor awam terajui program hijau nasional

Diberi nama GreenGov.SG, sektor awam sasar kurangi pengeluaran karbon lebih awal; Pendaftaran teksi, kereta baru diesel dihenti mulai 2025
Mar 05, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR awam akan menjadi contoh dalam rancangan hijau nasional dengan menjalankan program seluruh pemerintah bernama GreenGov.SG, kata Menteri Kanan dan Menteri Penyelarasan Keselamatan Nasional, Encik Teo Chee Hean.



Ia telah menetapkan sasaran mengurangkan pengeluaran karbon selepas ia mencapai kadar puncak pada 2025, lima tahun lebih awal daripada sasaran di peringkat nasional.



Bagi menggalak kenderaan lebih bersih, tiada teksi dan kereta baru menggunakan diesel akan dibenarkan didaftar mulai 2025.



Bercakap di Parlimen semalam mengenai Rancangan Hijau Singapura, Encik Teo berkata:



"Sektor awam akan menjadi contoh dengan melaksanakan satu program yang melibatkan seluruh pemerintah, diberi nama GreenGov.SG, bagi mengurangkan penggunaan sumber dan pengeluaran karbon serta membolehkan bahagian ekonomi lain untuk melakukan yang sama."



Lima kementerian - Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) - telah menyertai perbahasan mengenai pelan kemampanan Singapura serta membentangkan rancangan masing-masing.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata pengeluaran karbon dari pejabat milik pemerintah dan prasarana awam akan mencapai tahap maksimum menjelang sekitar 2025 - lima tahun lebih awal daripada sasaran nasional pada 2030.



Selain sasaran pengeluaran karbon, iaitu yang pertama dalam sektor awam, inisiatif GreenGov.SG akan menyaksikan sektor awam mengetuai dalam kemampanan sekitaran dalam tiga bidang lain.



Ini termasuk menetapkan sasaran kemampanan bukan hanya untuk pejabat milik pemerintah tetapi juga prasarana sektor awam seperti prasarana pengangkutan awam dan kemudahaan jagaan kesihatan.



"Dengan skop diperluas ini, sektor awam akan menerajui tanggungjawab lebih besar bagi merangsang kemampanan operasi kita," ujar Cik Fu.



Pemerolehan hijau juga akan menjadi satu cara untuk menerap amalan kemampanan dalam bidang perniagaan utama sektor awam dan mempengaruhi penyedia khidmat agar lebih mampan.



"Sebagai pengguna utama barangan dan perkhidmatan, sektor awam boleh dan akan mempengaruhi industri terhadap pilihan mapan dan amalan dengan menerapkan lebih banyak tuntutan kemampanan dalam rangka kerja pemerolehan," terang Cik Fu



Butiran lanjut mengenai GreenGov.SG yang sebelum ini dikenali sebagai inisiatif Sektor Awam Menerajui Inisiatif Kemampanan Persekitaran (PSTLES) akan diumumkan di masa depan.



Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan sekurang-kurangnya lapan bandar akan menyokong kenderaan elektrik (EV), menjelang 2025 dengan setiap tempat meletak kereta HDB akan dipasang kemudahan mengecas.



Bandar-bandar itu adalah Ang Mo Kio, Bedok, Choa Chu Kang, Jurong West, Punggol, Queenstown dan Sembawang.



"Seperti disarankan Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) dan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong), kami merancang untuk mewajibkan untuk tempat meletak kereta di bandar HDB, perumahan privet seperti kondominium dan bangunan komersial bagi memenuhi keupayaan elektrik mencukupi untuk menyokong pengecasan EV dan memastikan adanya jumlah minimum tempat mengecas dipasang. Namun ini akan hanya boleh dilakukan di pembangunan baru," ujar Encik Ong.



Beliau juga mengumumkan bahawa negara ini tidak akan membenarkan pendaftaran kereta dan teksi diesel baru mulai 2025, lima tahun lebih awal daripada sasaran model kenderaan tenaga bersih pada 2030.



Langkah ini akan "membuka jalan kepada kenderaan lebih hijau" memandangkan kenderaan menggunakan diesel lebih menyebabkan pencemaran, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >