Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo: S'pura perlu bina daya tahan lebih kukuh sedang negara bangkit dari pandemik Covid-19

Jun 11, 2020 | 08:23 PM



SINGAPURA perlu membina daya tahan yang lebih kukuh sedang negara ini bangkit daripada pandemik Covid-19.



Menteri Kanan Teo Chee Hean menggariskan tiga aspek yang dapat mengukuhkan lagi daya tahan negara – cara Singapura memberi respons terhadap krisis, meningkatkan daya tahan ekonomi dan daya tahan sosial.



Menyatakan demikian dalam siri ucapan Menteri pada Khamis (11 Jun), Encik Teo berkata Covid-19 telah menunjukkan betapa pentingnya Singapura membina rizab dan daya tahan supaya dapat bertindak dalam krisis yang tidak dijangkakan.



“Kita bukan sahaja perlu mempunyai rizab kewangan. Malahan, kita juga perlu orang-orang yang berkebolehan dan berpengalaman, selain keupayaan organisasi dan ketangkasan dalam operasi,” kata beliau.



Menurutnya, pengajaran yang jelas adalah ketika “masa aman”, Singapura perlu merancang menghadapi masa-masa tidak menentu, dan membangunkan kumpulan orang-orang berkebolehan dan membina keupayaan agar negara dapat bertindak dengan tegas, dan memberikan respons yang fleksibel dan tangkas apabila dilanda krisis.



Encik Teo berkata Singapura juga memerlukan daya tahan ekonomi yang dapat menangani kesan langsung Covid-19 terhadap kehidupan dan rantaian bekalan negara.



Setakat ini, Singapura telah berjaya mengekalkan bekalan makanan dan barangan keperluan melalui penyimpanan stok, kepelbagaian sumber dan pengeluaran sendiri.



Ini tidak mungkin berlaku tanpa keupayaan perindustrian dan daya tahan ekonomi yang telah dibina selama bertahun-tahun.



“Memastikan rakyat Singapura termaklum setiap hari, dan menangani krisis ini secara telus, sistematik dan menyeluruh, telah memperkukuh reputasi Singapura sebagai sebuah negara yang amanah, diyakini dan telus di mata para pelabur antarabangsa.



“Ini akan membantu meletakkan kita pada kedudukan yang baik,” katanya sambil menambah rakan menterinya akan menerangkan lebih lanjut mengenai daya tahan ekonomi, program pemulihan dan pertumbuhan pada hari-hari akan datang.



Menyentuh tentang daya tahan sosial pula, Encik Teo berkata setiap krisis akan melemahkan fabrik sosial Singapura.



Namun rakyat Singapura telah menampilkan kekuatan dan semangat dalam menghadapi krisis seperti krisis serangan 11 September 2001, Krisis Kewangan Asia, SARS, dan Krisis Kewangan Global.



Bagaimanapun Covid-19 adalah ujian yang lebih besar.



Tetapi Encik Teo gembira melihat ramai rakyat Singapura melakukan pelbagai kebaikan, menunjukkan keprihatinan dan ihsan.

Mereka menghargai dan membantu menjaga para pekerja asing, dan mereka membantu menjaga orang-orang yang lebih mudah terjejas tanpa mengira bangsa atau agama.



“Kita semua mempunyai nilai kemanusiaan yang sama. Apa yang kita lakukan dalam sesuatu krisis mencerminkan siapakah diri kita, dan nilai-nilai yang mendorong kita sebagai satu rakyat dan juga sebagai satu negara,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >