Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

SME digalak terus kerjasama, berinovasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SME digalak terus kerjasama, berinovasi

Sep 29, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menggesa syarikat kecil dan sederhana (SME) Singapura agar terus bekerjasama dan berinovasi untuk memanfaatkan peluang yang tersedia dalam persekitaran ekonomi sekarang.

Singapura juga telah memperuntuk sumber untuk membina ekosistem inovasi yang kukuh dengan sokongan menyeluruh demi membantu SME menggunakan teknologi dan berinovasi, tambah Dr Tan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya membuka tirai TechInnovation, acara perdagangan yang bertujuan mendorong lebih banyak SME menggunakan teknologi inovatif.

Komitmen kepada usaha inovatif ini lebih diperlukan terutama sedang warga Singapura cuba menyesuaikan diri dengan norma baru dan hidup bersama virus Covid-19, kata Dr Tan.

"Perusahaan yang mampu menghadapi perubahan ini untuk membangunkan keupayaan berdaya saing mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai kejayaan.

"Saya ingin menggalakkan perniagaan agar meneroka inovasi terbuka dan mencari peluang bekerjasama secara proaktif," katanya.

Menurutnya, acara TechInnovation itu merupakan salah satu wadah bagi perniagaan untuk berinteraksi dan membina huraian teknologi bersama.

Ia juga wadah di mana SME dan syarikat pemula boleh mempelajari amalan terbaik, berkongsi idea dan meneroka kerjasama baru bersama.

Dr Tan turut menekankan bahawa Singapura bersedia memberi sokongan dalam usaha SME memanfaatkan teknologi baru dan berinovasi serta bekerjasama dalam mencari huraian bagi isu-isu yang dihadapi dalam industri.

"Tiada cara yang lebih baik untuk masyarakat mengumpulkan kesemua sumber untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana masalah yang dihadapi syarikat anda mungkin dihadapi syarikat lain juga," katanya.

Anjuran Innovation Partner for Impact (IPI), edisi ke-10 TechInnovation melibatkan 160 peserta pameran, 11 agensi inovasi nasional serta 2,000 peserta.

Dengan tema 'Masa Depan Mampan dan Berdaya Tahan', acara tersebut memaparkan teknologi inovatif yang bertujuan menggunakan sumber dunia secara mampan, menghasilkan makanan dengan lebih baik, dan menjaga kesihatan warga.

Pameran diadakan secara dalam talian antara 28-30 September.

Ia mempamerkan lebih 400 huraian yang bertujuan menangani cabaran utama masa kini termasuk dalam menghasilkan tenaga lebih bersih dan mengurangkan sisa serta mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3