Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOAL JAWAB BERSAMA AMRIN AMIN

Kepelbagaian, peranan pemerintah dan masyarakat topik perbincangan

Mar 28, 2016 | 05:30 AM



1) KEPELBAGAIAN



Kalau kita imbas kembali masa lalu, kepelbagaian wujud sejak dahulu dari segi bahasa, gaya hidup dan kelas.



Yang berlainan sekarang ialah wadahnya dan keterbukaan masyarakat kita kepada sumber maklumat yang tidak begitu lengkap. Ini menyebabkan segelintir masyarakat keliru.



Kepelbagaian itu juga mungkin lebih ketara kini kerana kalau di Internet, individu yang mempunyai pemikiran sama dapat berkumpul.



Contohnya bagi isu perumahan, dahulu pemerintah melakarkan dasar agar satu kaum itu tidak berkumpul di satu kawasan sahaja. Pemerintah melakarkan dasar yang menggalak perpaduan.



Generasi sekarang harus berfikir bagaimana kita dapat menggunakan wadah teknologi supaya dapat menyatukan masyarakat.



Bagi saya, itu cabaran yang penting.



2) PEMERINTAH SEBAGAI PEMANGKIN DAN ORANG TENGAH



Peranan pemerintah telah berubah saban hari untuk menjadi pemangkin dan orang tengah kini.



Pemerintah memainkan peranan berunding agar mereka yang berlari laju tidak terus berlari sehingga meninggalkan mereka yang menghadapi cabaran berlari.



Pemerintah harus beri sokongan dan galakan kepada mereka yang tidak boleh lari begitu cepat supaya mereka tidak ketinggalan dan kepada mereka yang mampu berlari agar mereka dapat berlari sejauhnya namun tidak lupa dengan mereka tidak semahir mereka.



Saya rasa peranan pemerintah kini ialah sebagai orang tengah dan pemangkin dengan memperkenalkan pelbagai dasar dan program.



Namun pucuk pangkalnya, masyarakat juga harus menyahut cabaran masa kini dan cuba memperbaiki diri kerana sebaik-baik dasar dan program itu pun, individu harus berusaha sendiri misalnya dengan mengikuti kelas bagi menimba ilmu dan mencari peluang. Ini kerana pemerintah tidak boleh memaksa masyarakat mempertingkatkan ilmu.



Sebab itu saya rasa semakin hari peranan pemerintah itu telah berubah.



Pemerintah juga memerlukan sokongan masyarakat bersatu padu bagi menangani masalah bersama sama ada bagi isu pengganasan, pencegahan dadah dan sebagainya.



3) MENJADI MUSLIM DAN WARGA SINGAPURA YANG BAIK



Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang bermasalah dari segi persekolahan, gejala dadah dan sebagainya.



Ini satu tanggungjawab masyarakat kita yang telah memperolehi pengetahuan dan mempunyai kelebihan dari segi wang ringgit, ilmu dan masa membantu mereka yang memerlukan.



Ini juga digalak agama Islam dan sebagai sebuah masyarakat, kita harus menggandakan usaha kita.



Belia yang berpendidikan dan telah berjaya meraih manfaat daripada sistem ini juga harus tampil menyumbang semula kepada golongan memerlukan agar mereka juga boleh mencapai kemajuan.



Ini bukan sahaja digalak agama tetapi juga tanggungjawab kita sebagai anggota masyarakat.



Lebih daripada itu, Islam juga tidak bercanggah dengan kemodenan. Lihat sahaja cendekiawan Islam pada zaman lampau yang pakar dalam bidang sains, matematik dan disiplin ilmu lain.



Antara isu penting yang menjadi keprihatinan saya ialah isu kemahiran.



Menerusi sesi bertemu penduduk saya, saya bertemu dengan anggota masyarakat kita yang bekerja sebagai pemandu teksi, pemandu, pekerja pembersihan dan sebagainya.



Yang merisaukan saya ialah apabila saya membaca akhbar dan saya membaca tentang dron yang sedang diuji, kereta tanpa pemandu dan lain-lain lagi.



Saya khuatir kerana masih adakah orang menaiki teksi lagi pada masa akan datang.



Bagi saya, isu kemahiran ini sangat penting dan boleh menjejas keupayaan kita beribadah.



Kalau tiada pekerjaan, tiada pendapatan pula dan macam mana nak beri nafkah?



Keluarga pun boleh jadi porak peranda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >