Premium
Soal keimanan, kemanusiaan tema Ceramah Muis
Jun 22, 2019 | 5:30 AM
MENYUBUR PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK: Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli (kanan bertali leher), bersama para pemimpin Pertubuhan Antara Agama (IRO), wakil masyarakat dan pertubuhan agama, mengadakan pertemuan dengan Profesor Karen Armstrong (berbaju ungu), yang merupakan Pengasas Piagam Belas Kasihan, yang menyampaikan ceramahnya bertajuk "Kepercayaan dan Masa Depan Manusia" di Ceramah Muis, malam tadi. - Foto BH oleh KHALID BABA -
APAKAH peranan yang dimainkan agama dalam membantu manusia menangani pelbagai cabaran di dunia hari ini?
Persoalan itu dikupas Profesor Karen Armstrong, seorang ahli sejarah agama-agama dunia dan pengasas Piagam Belas Kasihan (Charter of Compassion), dalam ceramahnya bertajuk Faith and the Future of Humanity (Kepercayaan dan Masa Depan Manusia) di Ceramah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.

