Sofwe 'chatbox' bantu pesakit nilai keadaan kesihatan mereka
Premium
Sofwe 'chatbox' bantu pesakit nilai keadaan kesihatan mereka
Dapat kurangkan masa menunggu di hospital bagi mereka yang sakit teruk
Jul 18, 2018 | 5:30 AM
"Sementara proses pendigitalan dan automasi yang wujud kini membawa manfaat, transformasi sebenar dan kemajuan besar hanya boleh berlaku apabila kita lebih mendalami untuk membentuk semula proses dan mencipta semula model dan konsep penyampaian dengan teknologi sebagai penyumbang." - Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong. -
PADA masa depan, pesakit yang tidak sihat boleh 'berbual' dengan sofwe yang dapat menilai keadaan pesakit itu dan menasihati mereka supaya mengunjungi hospital atau klinik.
Sofwe sedemikian, dipanggil chatbot, yang memerlukan pesakit hanya menaip butiran asas seperti tanda penyakit dan sejarah perubatan mereka, malah boleh memberi keutamaan kepada pesakit yang sakit teruk mengurangkan masa menunggu di hospital, lapor akhbar The Straits Times.

