Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sofwe keselamatan alat pembelajaran jejak sejarah pencarian laman web, bukan lokasi pelajar: MOE

Jan 28, 2021 | 08:58 PM



SEBUAH sofwe yang akan dipasang pada alat pembelajaran pelajar akan menangkap data mengenai kegiatan dalam talian mereka seperti sejarah carian laman Internet tetapi ia tidak akan menjejak keterangan peribadi seperti lokasi pelajar, kata Kementerian Pendidikan (MOE) sebagai respons pada keprihatinan privasi yang dihadapi.



Akhbar The Straits Times melaporkan, aplikasi pengurusan alat (DPA) ini akan membolehkan sekolah mengurus penggunaan tablet pelajar atau komputer riba yang digunakan bagi pembelajaran dan tidak akan memancing data tentang butiran seperti nombor pengenalan atau kata laluan.



Pengarah Divisyen di Divisyen Teknologi Pendidikan MOE, Encik Aaron Loh, memberi jaminan ini sebagai menjawab kritikan bahawa DMA akan melanggar privasi dan kebebasan pelajar.



Pada Mac 2020, MOE menjelaskan sofwe ini perlu dipasang pada peralatan yang diberi kepada pelajar dan pada Disember pula, ia berkata sofwe ini juga perlu dipasang pada tablet atau komputer riba yang digunakan bagi tugasan sekolah.



Peralatan ini bertujuan menyokong pembelajaran dari rumah yang bermula sejak penggal ketiga tahun ini bagi sekurang-kurangnya dua hari dalam sebulan di semua sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millenia.



DMA ini membolehkan sekolah dan ibu bapa memantau penggunaan peralatan bagi menyekat aplikasi tertentu daripada digunakan pelajar. Antara contoh aplikasi berkenaan termasuk laman tidak wajar dengan kandungan dewasa atau ekstremis serta laman atau aplikasi permainan.



Ia juga boleh mengurus waktu tatapan dengan menghadkan batasan bagi masa yang dihabiskan bagi setiap alat, sebagai contoh. Menurut beberapa laman sekolah, DMA juga membolehkan aplikasi pengajaran dan pembelajaran dialihkan dari jauh.



Dalam pada itu, satu petisyen dilakar di laman Change.org pada Sabtu lalu yang meminta MOE agar tidak memasang DMA dalam alat pembelajaran. Antara keprihatinan orang ramai ialah sekolah-sekolah dianggap bersikap melampau jika mereka dapat mengawal bagaimana pelajar harus menggunakan alat mereka dengan meninjau penggunaan si pelajar.



Petisyen ini menarik lebih 5,700 tanda tangan pada tengah hari Khamis (28 Januari).



Memberi respons pada matlamat DMA, Encik Loh berkata:



"Bagi melaksanakan fungsinya, DMA perlu menangkap data bagi kegiatan dalam talian pelajar seperti sejarah pencarian Web bagi mengekang akses pada bahan yang terlarang dan maklumat alat ini seperti mengawasi sistem operasinya bagi memudahkan pengesanan sebarang kerosakan.



"Data ini akan ditampung dalam server yang selamat, yang diuruskan penyedia khidmat DMA yang dilantik dengan kawalan akses yang ketat. Ini sejajar dengan undang-undang dan dasar data peribadi pemerintah bagi menjaga data sensitif yang dikumpulkan agensi awam." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >