Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi guru prasekolah pertingkat kemahiran: Masagos

Oct 11, 2020 | 05:30 AM



PENDIDIK prasekolah akan menerima lebih banyak sokongan dalam membangunkan kemahiran dan mendaki tangga kerjaya mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini akan dilakukan menerusi beberapa usaha termasuk semakan Rangka Kerja Kemahiran bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dan pembangunan Peta Jalan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi pendidik.



"Keutamaannya adalah untuk membantu semua guru mendalami kepakaran mereka dan membangunkan kerjaya yang memuaskan dalam sektor ini.



"Ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua guru dan kanak-kanak," kata Encik Masagos dalam ucapannya di Sidang Pembangunan Awal Kanak-Kanak 2020 anjuran Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) di alam maya semalam.



Di bawah semakan Rangka Kerja Kemahiran bagi ECCE itu yang dijalankan ECDA dengan kerjasama SkillsFuture Singapura (SSG), peranan kerja dan laluan kerjaya bagi pendidik akan disemak untuk memberi bimbingan lebih baik tentang peluang peningkatan kemahiran dan pembangunan kerjaya.



Rangka kerja disemak itu juga akan membimbing prasekolah dalam rekaan dan pelaksanaan daya usaha pengurusan sumber manusia (HR) dan pembangunan bakat mereka.



Ia akan turut membolehkan penyedia latihan menyemak dan memperbaharui program latihan mereka demi memenuhi keperluan sektor itu.



Dalam usaha menjadikan prasekolah lebih inklusif, ECDA juga akan membangunkan laluan kemahiran dan kerjaya bagi pendidik sokongan pembelajaran dan guru intervensi awal dalam rangka kerja disemak itu.



Menurut agensi itu dalam kenyataannya, rangka kerja disemak itu juga akan mendorong penyelarasan program latihan lebih luas untuk membolehkan pendidik pembangunan awal kanak-kanak dan pendidik intervensi awal mengubah laluan kerjaya di dalam sektor itu dengan lebih mudah.



Butiran lanjut tentang rangka kerja kemahiran disemak itu dijadual diumumkan dalam separuh kedua tahun depan.



Dalam pada itu, Peta Jalan CPD yang akan dibangunkan pula akan membantu membimbing pembangunan profesional pendidik pembangunan awal kanak-kanak.



Ia akan menetapkan kelompok kecekapan utama yang menggambarkan keutamaan jangka pendek hingga pertengahan bagi sektor itu.



Encik Masagos dalam ucapannya berkata salah satu kelompok itu akan memberi tumpuan pada pembelajaran emosi sosial.



"Bagi saya, pembelajaran emosi sosial penting. Ia meletakkan asas bagi daya ketahanan, ketabahan, kawalan diri, membina hubungan - kesemuanya penting sedang kita menjalani kehidupan," kata beliau.



Di samping itu, ECDA juga sedang bekerjasama dengan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) untuk memperdalami tumpuan dalam amalan inklusif bagi kedua-dua kursus latihan sebelum dan semasa perkhidmatan.



Ini demi memperkukuh keupayaan pendidik menjaga kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran yang pelbagai di dalam kelas.



Sementara itu, Encik Masagos turut mengumumkan sebuah Program Latihan Pembelajaran Luar Bilik Darjah bagi menyokong pusat prasekolah dan pendidik melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah.



Beliau juga berkata program KidSTART akan diperluaskan ke tiga kawasan - Yishun, Sembawang dan Ang Mo Kio - tahun depan untuk mendekati lebih ramai kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.




Laporan lanjut : Program baru sokong pusat prasekolah, pendidik laksana pembelajaran di luar bilik darjah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >