Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan keluarga penting untuk warga emas guna teknologi

Kiat How: Teknologi boleh dekatkan hubungan kekeluargaan
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



SOKONGAN pihak keluarga adalah penting bagi golongan warga emas ketika mereka cuba untuk menggunakan wadah digital dalam kehidupan seharian mereka, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How.



Tambahnya, penggunaan teknologi sebenarnya boleh mendekatkan hubungan kekeluargaan dan bukan sebaliknya.



Memberi ucapannya semasa acara Hari Datuk Nenek Negara Bijak semalam, Encik Tan berkata orang ramai harus lebih bersabar ketika mendekati atau mengajar warga emas menggunakan wadah digital.



"Keluarga harus menawarkan barisan pertahanan dan sokongan utama dalam mewujudkan ruang selamat untuk warga emas untuk bertanya dan belajar.



"Kita harus terus memperkasakan warga emas dengan kemahiran dan pengetahuan menggunakan peralatan digital supaya mereka dapat teruskan kehidupan mereka dengan lebih mudah," jelasnya.



Sebagai usaha untuk menyokong gerakan Digital Sepanjang Hayat, acara tersebut telah menghimpunkan 17 rakan kongsi daripada sektor pemerintah, swasta dan kumpulan masyarakat. Acara tersebut menampilkan pameran dan aktiviti yang berasaskan teknologi untuk golongan warga emas, kanak-kanak dan keluarga.



Diadakan di bangunan Perpustakaan Negara semalam, antara rakan kongsi yang turut turun ke padang ialah Touch Community Services, Hommeet dan Fairprice.



Bertemakan "Mari Mengikat Hubungan melalui Teknologi", Hari Datuk Nenek Negara Bijak bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan golongan warga emas serta keluarga mereka tentang faedah menggunakan teknologi supaya mereka dapat menjalinkan hubungan keluarga dengan lebih bermakna serta kekal selamat dalam talian.



Dianjurkan oleh Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), ia turut melibatkan beberapa ceramah dan aktiviti untuk semua.



Antaranya termasuk penglibatan interaktif dengan produk teknologi seperti menggunakan dron dan percetakan 3D, ceramah pendidikan tentang keselamatan siber dan tip mengesan penipuan serta tutorial menggunakan aplikasi pemerintah dan perkhidmatan.



Semasa acara itu, orang ramai juga berpeluang untuk mempelajari beberapa kemahiran baru.



Ini termasuk bengkel mempelajari cara pengekodan dan juga menggunakan aplikasi gaya hidup supaya dapat merapatkan hubungan bersama keluarga mereka.



Semalam, sekitar 400 warga emas dan keluarga mereka telah menghadiri majlis tersebut.



Ini termasuk warga emas dan keluarga dari Lions Befrienders, RSVP Organisation of Volunteers dan Sinda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >