Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan perlu diberikan kepada mereka yang ada isu kesihatan mental: Presiden Halimah

Jun 06, 2021 | 03:00 PM



 



 



Keluarga dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka yang mengalami tekanan atau isu kesihatan mental sedang pandemik Covid-19 terus menjejas hidup kita, kata Presiden Halimah Yacob. 



 



Menurut beliau, isu kesihatan sekali lagi menjadi tumpuan disebabkan Covid-19 ekoran sekatan atau langkah pengurusan selamat diperkenalkan negara-negara. 



 



Dalam satu catatan pos di Facebook, Puan Halimah menukil contoh juara tenis Grand Slam, Naomi Osaka yang menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Tenis Perancis ekoran isu kesihatan mental. 



 



Kata beliau, walaupun itu mungkin satu keputusan yang sukar untuk dibuat di puncak kerjayanya. 



 



“Namun ia satu keputusan yang tepat serta memberi isyarat kuat kepada jutaan orang yang bergelut dengan kesihatan mental bahawa adalah ok untuk meninggalkan sekitaran yang toksik dan bertekanan tinggi, meskipun ia akan menyebabkan anda ketinggalan di belakang buat sementara waktu,” ujar Puan Halimah. 



 



Beliau berkata lagi bahawa dalam kalangan mereka yang mengalami isu kesihatan mental, ada mungkin perlukan sokongan sementara, seperti bercakap dengan orang untuk membantu menangani gangguan emosi dan bagaimana untuk menangani tempoh sukar ini.



 



Ada wanita yang bekerja dari rumah semasa pandemik ini dan harus menangani tanggungjawab menjaga serta tiada batasan jelas, akan merasa kesannya. 



 



“Dalam semua situasi, keluarga dan masyarakat harus menghulurkan sokongan sepenuhnya.



 



“Kita boleh mengharungi pandemik ini dnegan menunjukkan lebih banyak empati, kepedulian dan kebaikan hati kepada keluarga kita dan orang lain dalam masyarakat,” nasihat beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >