Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan susunan semula hutang bagi syarikat kecil disambung: MinLaw

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) akan melanjutkan Program Ketakmampuan Bayar Dipermudah, atau Simplified Insolvency Programme (SIP) selama 12 bulan bagi membantu syarikat mikro dan kecil yang menghadapi masalah kewangan daripada Covid-19 untuk menyusunkan semula hutang mereka.



Tempoh permohonan akan dilanjutkan sehingga 28 Julai tahun depan, dari jadual awal yang sepatutnya berakhir esok.



Diperkenalkan pada 29 Januari lalu, ia merupakan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Ketakmampuan Bayar, Penyusunan Semula, dan Pembubaran yang diperkenalkan MinLaw.



"Ia bertujuan untuk membantu firma mikro dan kecil yang layak yang menghadapi masalah kewangan menyusun semula hutang mereka bagi memulihkan perniagaan atau membubarkannya melalui proses kos pembubaran yang lebih mudah, cepat dan rendah...



"Walaupun Singapura beralih ke keadaan Covid-19 endemik, sekitaran perniagaan terus mencabar bagi beberapa sektor, disebabkan oleh keadaan sejagat yang tidak menentu dan perubahan terhadap langkah pengurusan selamat bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 di Singapura," kata kenyataan MinLaw semalam.



Memandangkan sekitaran yang mencabar, MinLaw akan melanjutkan tempoh permohonan SIP dan firma yang layak boleh membuat permohonan.



Terdapat sekitar 250,000 syarikat mikro dan kecil di Singapura, yang merangkumi sekitar 207,000 perusahaan mikro, dan 44,000 perusahaan kecil.



Firma boleh membuat permohonan di www.go.gov.sg/sip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >