Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan tambahan 3 bulan di bawah CRG buat penerima layak

Mar 30, 2021 | 05:35 PM



LEBIH 10,000 individu telah menerima bantuan di bawah Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) sejak pelancarannya pada Januari dengan sekitar $10 juta diagihkan sehingga 22 Mac bagi membantu penerima yang terjejas kewangannya sewaktu pandemik ini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengumumkan perangkaan terkini dan sokongan lanjutan di bawah geran itu pada Selasa (30 Mac).



Sejak 19 April, penerima geran boleh memohon sokongan tambahan selama tiga bulan jika mereka memerlukan bantuan lanjutan dan terus memenuhi ketetapan geran ini.



Dalam satu pos di Facebook pada Selasa (30 Mac), Menteri Pembangunn Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata:



"MSF akan terus menyokong warga Singapura dalam mengatasi cabaran dalam pandemik ini. Kerana itu mulai 19 April, mereka yang telah menerima satu bahagian CRG boleh memohon bagi sokongan tambahan selama tiga bulan jika mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan pada waktu permohonan.



"Kami juga meneruskan usaha memproses permohonan baru. Setiap individu boleh mneerima sokongan maksimum selama enam bulan menerusi CRG," tambahnya.



MSF melancarkan CRG pad 18 Januari bagi menyokong pekerja pendapatan rendah hingga pertengahan serta mereka yang bekerja sendiri dan terjejas oleh Covid-19.



Individu boleh memohon bagi CRG dalam talian (https://go.gov.sg/CRG) dari 9 pagi hingga 10 malam hingga 18 April ini. Antara 19 April dengan 31 Disember, gerbang permohonan dalam talian beroperasi sepanjang waktu setiap hari.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >