Solat Jumaat bagi jemaah divaksin di 4 masjid berjalan lancar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Solat Jumaat bagi jemaah divaksin di 4 masjid berjalan lancar

Jun 26, 2021 | 05:30 AM

PROSEDUR kemasukan baru empat masjid yang terlibat dalam satu usaha perintis bagi menambah ruang solat pada masa depan berjalan lancar semalam dengan kebanyakan jemaah solat Jumaat dibenarkan masuk tanpa sebarang hambatan.

Tinjauan Berita Harian (BH) di Masjid Mujahidin - salah satu daripada empat masjid tersebut - mendapati kebanyakan jemaah didapati sudah divaksinasi dengan sepenuhnya dan tidak mengalami halangan untuk memasuki masjid.

Namun terdapat segelintir yang tidak dibenarkan masuk kerana belum selesai divaksinasi sepenuhnya atau tidak mempunyai bukti keputusan negatif ujian praacara (PET) yang sah.

Golongan ini berkata mereka tidak sedar akan peraturan baru itu.

Di bawah usaha perintis itu - yang berlangsung hingga minggu depan - hanya jemaah yang sudah divaksinasi sepenuhnya atau mempunyai keputusan negatif PET yang sah seawal-awalnya 24 jam sebelum kunjungan mereka ke masjid akan dibenarkan masuk.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Masjid yang terlibat dalam usaha tersebut ialah Masjid Mujahidin, Masjid Assyafaah, Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Al-Istighfar yang menawarkan 100 ruang solat berbanding 50 di masjid lain.

Kakitangan dan relawan di masjid itu akan memeriksa setiap jemaah untuk menunjuk bukti vaksinasi atau keputusan PET mereka yang sah, dan jika jemaah gagal berbuat demikian, mereka akan disuruh pulang.

Encik Rashid Muhammad, 46 tahun yang hadir di Masjid Mujahidin semalam berkata langkah ini memang baik bagi jemaah kerana dengan vaksinasi atau keputusan PET negatif, ia akan dapat memastikan keselamatan jemaah.

"Ia juga menggalak lebih ramai mendapatkan vaksin," katanya.

Seorang lagi jemaah, Encik Hanaffe Sujak, 50 tahun, dari Sengkang berkata: "Memanglah langkah ini sedikit leceh, tapi ia perlu dilakukan agar masjid dapat menambah lebih ramai jemaah."

Bapa dua anak itu yang sudah divaksinasi Januari lalu berkata beliau menempah ruang solat di Masjid Mujahidin kerana masjid di kawasan timur sudah penuh.

"Jika langkah ini dapat diperluas dan lebih masjid membuka lebih banyak ruang solat ia akan memudahkan kami mendapatkan ruang solat Jumaat," katanya lagi.

Namun bagi mereka yang disuruh pulang, BH mendapati mereka tidak sedar dengan sepenuhnya penglibatan masjid berkenaan dalam usaha perintis itu.

Encik Zahirul Islam, seorang pekerja migran Bangladesh yang disuruh pulang berkata: "Saya baru tahu tentang langkah ini bila pegawai masjid tadi (semalam) suruh saya pulang.

"Saya sudah terima dos pertama dan dos kedua saya akan terima pada awal Julai nanti. Pegawai itu berkata hanya setelah 14 hari selepas saya disuntik dos kedua itu baru saya boleh masuk (empat) masjid itu," tambahnya, 41 tahun.

Encik Ramli Salleh, yang bertugas dalam industri pembinaan juga disuruh pulang kerana belum tamat tempoh 14 hari selepas menerima dos kedua vaksinnya baru-baru ini.

"Saya fikir saya boleh masuk, tapi bila mereka periksa TraceTogether saya, kelihatan merah bermakna saya belum selesai vaksinasi sepenuhnya," jelas bapa dua anak itu.

Jemaah yang tidak memenuhi keperluan vaksinasi sepenuhnya jika diperiksa pegawai masjid menerusi TraceTogether akan kelihatan skrin merah berbanding hijau.


"Kami memilih dengan teliti empat masjid itu atas dua perkara. Pertama, betapa luasnya asjid itu kerana di bawah keperluan baru ini, kami akan memerlukan ruang yang mencukupi untuk mengaturkan semua proses itu. Kedua kami memilihnya sebab ia berada di estet HDB yang mana terdapat lebih ramai penduduk yang sudah lanjut usia yang sudah menjalani vaksinasi pada peringkat awal latihan vaksinasi itu dijalankan."
- Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map