Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOS: Kian ramai remaja lelaki bunuh diri

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



JUMLAH remaja lelaki yang bunuh diri mencapai rekod tertinggi tahun lalu.



Seramai 19 budak lelaki berusia 10 hingga 19 tahun bunuh diri pada 2018.



Jumlah tersebut tertinggi sejak perangkaan kes bunuh diri mula dicatat pada 1991.



Pada 2017, terdapat tujuh kes remaja lelaki bunuh diri.



Jumlah kes bunuh diri juga meningkat tahun lalu, dengan 397 kes dilaporkan. Ini tambahan 36 kes daripada jumlah yang tercatat pada 2017.



Samaritans of Singapore (SOS) mengongsikan pecahan perangkaan tahunan itu kepada akhbar The Straits Times setelah didedahkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Jumlah orang yang bunuh diri pada semua peringkat umur juga naik, kecuali warga tua berusia 60 tahun ke atas.



Terdapat 8.36 kes bunuh diri daripada setiap 100,000 penduduk Singapura. Kadar itu naik daripada 7.74 pada 2017.



Kes bunuh diri dalam kalangan golongan muda dan khususnya lelaki merupakan "keprihatinan sosial yang penting", kata SOS.



Tambahnya, bunuh diri ialah punca utama kematian dalam kalangan golongan muda berusia 10 hingga 29 tahun.



Tahun lalu, 94 anak muda memilih bunuh diri.



Bagi setiap 10 anak muda yang mati akibat faktor luaran, enam ekoran bunuh diri.



SOS tidak mendedahkan pecahan statistik bagi kes bunuh diri remaja wanita, namun wartawan The Straits Times sudah memohon mendapatkan maklumat itu.



Penolong pengarah kanan SOS, Cik Wong Lai Chun, berkata:



"Belia hari ini nampaknya mempunyai kesedaran lebih tinggi mengenai detik mereka rasa sendirian dan tidak berdaya.



"Sungguhpun begitu, amat merisaukan mengetahui bahawa ramai remaja kita rasa mereka tidak dibantu melalui detik hitam dalam hidup dan melihat bunuh diri sebagai satu-satunya pilihan untuk mengakhiri kesakitan dan kesusahan."



Dalam kalangan mereka yang menghubungi SOS dan mendedahkan umur dan jantina, pertubuhan itu mendapati bahawa remaja lelaki merangkumi 30 peratus daripada panggilan telefon bantuan dan 27 peratus menerusi e-mel.



Stereotaip masyarakat yang menuntut kaum lelaki menunjukkan kekuatan dan berupaya mengatasi semua cabaran mungkin antara batu penghalang remaja lelaki mendapatkan bantuan.



Bagi setiap 10 kes bunuh diri, tujuh daripadanya terdiri daripada lelaki.



Berdasarkan laporan ICA sebelum ini, terdapat 283 kes bunuh diri melibatkan lelaki manakala 114 kes bunuh diri melibatkan wanita tahun lalu.




TALIAN BANTUAN



- Samaritans of Singapore (SOS): 1800-221-4444



- Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH): 1800-283-7019



- Talian bantuan Institut Kesihatan Mental (IMH): 6389-2222



- Silver Ribbon: 6386-1928



- Tinkle Friend: 1800-274-4788




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >