Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH perkenal iklan digital bagi kematian

Jul 18, 2019 | 09:22 AM





SETELAH kehilangan orang tersayang, anggota keluarga perlu menguruskan pelbagai keperluan pengebumian jenazah.



Menguruskan perkara ini tidak selalunya mudah, sedang keluarga bersedih atas kehilangan seseorang.



Setelah setahun diperkenal sebagai khidmat tambah nilai kepada mereka yang mendapatkan iklan kematian di akhbar, SPH kini menyediakan iklan kematian digital-sahaja kepada keluarga Melayu/Islam.



 



Manfaat iklan digital bagi kematian SPH



Dengan warga Singapura kini semakin celik teknologi, ramai yang telah menggunakan kaedah alternatif untuk berkongsi berita penting yang berlaku kepada keluarga mereka, selain masyarakat lebih besar.



Generasi muda kini lebih cenderung kepada wadah digital berbanding cetak. Kebolehan mengeluarkan maklumat dengan lebih cepat menerusi wadah digital juga lebih bermanfaat bagi keperluan masyarakat Melayu/Islam yang mahu mengumumkan maklumat mengenai pengebumian secepat mungkin.



Di samping itu, iklan kematian digital juga memberi peluang bagi pengguna untuk meraikan kehidupan mereka yang meninggal dunia dengan menggunakan kaedah yang disediakan bagi merakamkan penghargaan dan penghormatan.



Iklan digital ini membolehkan pengguna melakukan perkara-perkara berikut:




  • Maklumkan kepada keluarga dan sahabat handai dalam masa yang cepat mengenai lokasi majlis pengebumian jenazah, lengkap dengan peta bagi navigasi yang mudah;




  • Memberi maklumat mengenai majlis tahlil;




  • Keluarga juga boleh mencalonkan seorang anggota keluarga untuk menerima sumbangan ikhlas orang ramai menerusi kaedah PayNow;




  • Kirimkan dan terima mesej salam takziah daripada keluarga dan sahabat handai menerusi papan mesej;




  • Gunakan ciri RSVP untuk memaklumkan kepada anggota keluarga mengenai kehadiran pengguna di majlis tahlil dan doa;




  • Galeri foto dan video untuk merakamkan memori mereka yang telah meninggal dunia. Pengunjung ke laman itu juga boleh berkongsi foto dengan anggota keluarga berkenaan;




  • Fungsi perkongsian yang membolehkan anggota keluarga memilih wadah sembang (chat) atau media sosial untuk membuat pengumuman;




  • Kesemua ciri di atas disediakan dalam satu laman web digital bagi kemudahan pengguna supaya anggota keluarga dan sahabat handai boleh mendapatkan segala maklumat di ‘bawah satu bumbung’.



 



Sebagai insentif untuk mencuba khidmat ini, 20 pengguna pertama yang memanfaatkan iklan kematian digital akan diberi akses kepada kesemua ciri di atas secara percuma.



Untuk mencuba khidmat ini, kunjungi [embed]http://bit.ly/2YEn0rx[/embed].




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >