Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sport Singapore gantung program untuk kanak-kanak dan warga emas

Sep 28, 2021 | 07:18 PM



PROGRAM sukan untuk kanak-kanak dan warga emas dihentikan buat sementara waktu, kata agensi sukan negara Sport Singapore (SportSG) pada Selasa (28 Sept).


Dalam surat pekeliling kepada anggota wadah ActiveSG, SportSG berkata semua program untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah akan digantung hingga 10 Oktober.


Program yang dianjurkan oleh ActiveSG untuk warga emas - yang berumur 60 tahun dan ke atas - akan digantung hingga 24 Oktober.


Langkah-langkah itu dibuat menyusuli pengumuman pemerintah pada 24 September mengenai pertukaran ke fasa stabilisasi dalam peralihan negara ke arah daya tahan Covid-19.


Sebagai tambahan kepada penangguhan aktiviti, SportSG juga berkata sedang kemudahan sukan skim dua kegunaan (DUS) kekal dibuka, pengguna perlu mematuhi pengurangan dalam bilangan peserta yang dibenarkan.


Bagi dewan sukan tertutup DUS, hanya dua orang - termasuk seorang jurulatih - dibenarkan di setiap gelanggang badminton, turun daripada lima.


Bagi sukan berpasukan seperti bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan bola lantai, hanya dua orang - termasuk seorang jurulatih - dibenarkan dalam setiap separuh gelanggang, juga turun daripada lima.


Bagi padang sekolah DUS, hingga 50 peserta dibenarkan pada satu-satu masa, tetapi mereka hanya dibenarkan dalam kumpulan dua orang.


Bagi pengguna semua kemudahan DUS, peserta diminta menjaga jarak selamat 2 meter antara individu dan 3 meter antara pasangan.


SportSG juga mengingatkan anggota ActiveSG agar memastikan bahawa mereka dan ahli kumpulan mereka sudah divaksin sepenuhnya sebelum membuat tempahan bagi mana-mana dewan sukan tertutup DUS, kerana pengesahan wajib rekod vaksinasi juga dilaksanakan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >