Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura-Abu Dhabi perkukuh hubungan erat ekonomi dua hala

Feb 9, 2023 | 5:30 AM
MEMPERKUKUH HUBUNGAN: Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran (kanan), hadir di Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura (ADSJF) ke-14 di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu kelmarin. - Foto FORUM BERSAMA ABU DHABI-SINGAPURA
MEMPERKUKUH HUBUNGAN: Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran (kanan), hadir di Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura (ADSJF) ke-14 di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu kelmarin. - Foto FORUM BERSAMA ABU DHABI-SINGAPURA -

MENTERI Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran, dan Pengerusi Penguasa Ehwal Eksekutif Abu Dhabi, Encik Khaldoon Khalifa Al Mubarak, telah memperkukuh hubungan erat ekonomi dua hala erat antara Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan Singapura ketika hadir di Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura (ADSJF) ke-14 di Abu Dhabi kelmarin.

Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang tentang rancangan memperdalam kerjasama dalam beberapa bidang seperti inovasi, sains dan teknologi, serta pembangunan kemahiran dan industri.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata UAE kekal merupakan rakan perdagangan dan destinasi pelaburan terbesar di rantau Timur Tengah, dengan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tersebut berjumlah $29.8 bilion pada 2022.

Angka itu adalah satu peningkatan tahun demi tahun sebanyak 34.2 peratus, kata MTI.

Encik Iswaran, yang juga Menteri Pengangkutan, berada di UAE sejak kelmarin hingga semalam, ditemani pegawai MTI, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore (ESG) dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Beliau berkata: "Sebagai hab-hab perniagaan penting dalam rantau masing-masing kami, Singapura dan UAE mempunyai minat yang sama dalam menggalak kerjasama ekonomi demi memanfaatkan masyarakat perniagaan kami.

"Tahun demi tahun kami telah mencapai kemajuan ketara dalam inovasi pendigitalan perdagangan dan fintech (teknologi kewangan).

"Saya harap dapat melanjutkan lagi kerjasama ini, memberi tumpuan kepada idea baru dan melihat ke masa depan seperti alternatif karbon rendah dan jaminan makanan," tambahnya.

Antara kerjasama Singapura dengan UAE termasuk membangunkan pusat Perikatan Inovasi Global (GIA) di Abu Dhabi tahun lalu - iaitu nod pertama di rantau Timur Tengah.

Dengan pusat itu, ia menawarkan syarikat dari kedua-dua negara itu akses kepada sektor yang sedang membangun seperti mobiliti bandaran, bangunan bijak dan lain-lain lagi serta menghubungkan syarikat-syarikat itu kepada masyarakan niaga dan teknologi di rantau masing-masing.

MTI juga berkata Institut Pendidikan Nasional (NIE) dalam mengembangkan Kolej Pendidikan Lanjutan Amiriah (ECAE) juga telah memeterai satu persahabatan stategik kelmarin dalam sektor pendidikan untuk bekerjasama dalam beberapa bidang seperti pemerintahan dan dasar, program latihan dan pembangunan kapasiti bagi pendidik UAE agar dapat membolehkan lebih banyak penukaran antara UAE dengan Singapura dalam bidang pembangunan kemahiran dan pengetahuan.

Encik Al Mubarak pula berkata: "Sejak lebih sedekad, ADSJF memainkan peranan sebagai wadah berkesan bagi entiti awam dan swasta dari UAE dan Singapura membangun kerjasama produktif alam pelbagai sektor dan bidang.

"Berfungsi sebagai tunggak hubungan dua hala kedua-dua negara itu, saya harap dapat melanjutkan dan meluaskan lagi kerjasama ini agar dapat memanfaatkan perniagaan dan rakyat kami."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg