Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura garis komitmen sokong wilayah Palestin bina keupayaan

Presiden Halimah alu-alu lebih ramai pegawai Penguasa Palestin sertai kursus, program latihan
Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Penguasa Palestin (PA), Dr Mohammad Shtayyeh, bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam, menegaskan komitmen Singapura untuk menyokong pembinaan keupayaan PA dan hubungan mesra dua pihak itu.



Sewaktu ke Istana semalam, Dr Shtayyeh dan Puan Halimah bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan Timur Tengah, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Puan Halimah mengalu-alu lebih ramai pegawai PA melibatkan diri dalam kursus dan program latihan di bawah Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP).



Ditubuhkan pada 2013, ETAP memberi tempat khusus bagi pegawai Palestin menjalani program bina keupayaan yang ditawar di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP) dan juga lawatan pembelajaran khusus, antara lain.



Sejak penubuhannya, ETAP telah memberi manfaat kepada lebih 600 pegawai PA menerusi kursus seperti pentadbiran awam, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta pembangunan ekonomi.



Semalam, Dr Shtayyeh turut bertemu Encik Lee bagi jamuan tengah hari bersama. Encik Lee menyatakan komitmen Singapura untuk menyokong usaha membina keupayaan rakyat wilayah Palestin menerusi ETAP, termasuk biasiswa possiswazah di Singapura.



Singapura gembira berkongsi pengalaman dalam bidang kepentingan relevan, tambah kenyataan itu.



Encik Lee menekankan sokongan Singapura sejak sekian lama dan berpendirian bagi huraian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan huraian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan, yang membolehkan warga wilayah Palestin dan Israel hidup di samping satu sama lain dalam keadaan aman dan selamat.



Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.



Hari ini, Dr Shtayyeh dijadual melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur bagi meninjau sistem pendidikan vokasional di sini dan Pusat Pengunjung NEWater untuk mempelajari tentang sistem pengurusan air.



Dr Shtayyeh mengadakan lawatan ke Singapura dari kelmarin hingga esok. Menurut MFA, ini lawatan pertama seorang perdana menteri PA ke Singapura.



Beliau ditemani Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riyad Al Maliki; Gabenor Penguasa Kewangan, Dr Feras Milhem; dan pegawai kanan lain.



Lawatan Dr Shtayyeh dan pegawai PA itu menyusuli pembukaan rasmi sebuah Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah baru-baru ini.



Pejabat tersebut bermatlamat menyelaras usaha pembinaan keupayaan seperti bantuan teknikal dan juga memperkukuh hubungan Singapura dengan PA, sekali gus memaparkan komitmen negara ini dalam menyokong keperluan pembinaan dan pembangunan kapasiti PA.



Pejabat itu dirasmikan Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, semasa kunjungan beliau ke wilayah Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >