Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

S'pura, Indonesia teroka cara perkukuh kerjasama ehwal sosial

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura, Indonesia teroka cara perkukuh kerjasama ehwal sosial

Jul 09, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Indonesia sedang meneroka cara untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam ehwal sosial serta cara berkongsi pengalaman berkenaan usaha membantu rakyat negara masing-masing untuk mengatasi cabaran Covid-19.

Ini dibincangkan dalam satu pertemuan maya antara Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Menteri Penyelaras bagi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Encik Muhadjir Effendy, kelmarin.

"Kami telah mempunyai perbincangan produktif mengenai usaha meningkatkan kerjasama dua hala dan bagaimana kami boleh berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan yang kami sediakan kepada rakyat untuk membantu mereka mengatasi cabaran Covid-19.

"Ini bukti hubungan dua hala kukuh antara Singapura dan Indonesia, yang terus diperkuat oleh kededua negara meskipun dalam situasi Covid-19 sekarang," kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook semalam.

Tambahnya lagi, Singapura dan Indonesia boleh berganding bahu untuk mengatasi Covid-19 pandemik.

Kededua Encik Masagos dan Encik Muhadjir juga merupakan Menteri Masyarakat Sosio-Budaya Asean.

Encik Masagos berkata beliau berharap untuk berjumpa Encik Muhadjir secara peribadi di acara berkaitan Asean dalam masa terdekat ini.


"Kami telah mempunyai perbincangan produktif mengenai usaha meningkatkan kerjasama dua hala dan bagaimana kami boleh berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan yang kami sediakan kepada rakyat untuk membantu mereka mengatasi cabaran Covid-19. Ini bukti hubungan dua hala kukuh antara Singapura dan Indonesia, yang terus diperkuat oleh kededua negara meskipun dalam situasi Covid-19 sekarang."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3